Dalam dilema kehidupan kita pada hari ini kita sering di belenggu pelbagai masalah samada dari masalah kecil sampai ke besar, dari masalah zahir hingga persoalan batin, dari masalah nyata dan begitu jugalah masalah yang tersembunyi. Namun apa yang menyedihkan ialah cara kita menghadapi masalah tersebut sering kali mengikut cara yang salah, kita sering kali lupa untuk kembali kepada Allah...

Gejala "syaitan manusia" inilah masalah utama negara kita kerana bila bertebaran manusia yang bersifat syaitan ini, maka dapatlah kita lihat ramai bayi terbuang, gadis dara sebagai ketinggalan zaman, yang hilang dara pula bangga dengan diri mereka, rompakan, bunuh dan pelbagai lagi gejala yang melanda anak muda kita yang semakin serius umpama wabak virus yang sangat bahaya... Golongan profesional pula sebagai virus setan yang menguasai rasuah, riba, fitnah, penindasan, dan sebagainya. Semua ini adalah lebih sukar untuk kita hadapi berbanding Hantu Syaitan sebenar.
Hantu Syaitan sebenar seperti dalam drama atau filem sangat mudah kita hadapi hanya dengan menampilkan watak ustaz sebagai seorang yang membaca ayat Al-Quran sebagai mantera hingga terbakar atau cabut lari syaitan tersebut.. itu sahajalah peranan ustaz yang selalu dimainkan dalam drama atau filem... berbeza dari peranan sebenar para ilmuan agama iaitu untuk mendidik atau menghadapi syaitan dikalangan manusia dengan nasihat, teguran, bimbingan dan dakwah dalam membentuk manusia yang takutkan Allah seterusnya mampu membendung gejala sosial dan ketirisan ekonomi yang berlaku..Ini sebenarnya peranan utama, merekalah hero bagi kita kerana tanpa mereka, kita berada dijurang-jurang api neraka, merekalah yang bantu tarik diri kita dari terus terjatuh kelembah yang amat dahsyat itu...andai kita tahu.....
"Agak-agak mana lebih ramai, bayi yang dibuang oleh manusia yang tidak bertangjawab berbanding yang dilarikan oleh pontianak? berapa ramai remaja mati atau hilang anggota akibat merempit dari yang mati dicekik hantu? dan betapa dahsyatnya bahana yang menimpa hidup kita semua akibat makan riba dan rasuah berbanding yang termakan santau?" tolong sama-sama kita renung dan muhasabah diri...

kembali kita ke Fenomena sekarang pula, kita sering melihat pengusaha filem suka menampilkan cerita seram kononnya sebagai pendedahan tentang kegiatan kedukunan, bomoh, khurafat yang berlaku namun hakikatnya kurang memberi kesan kerana peranan ustaz hanya sebagai Penghalau Hantu bukan tarbiah...masukkanlah adegan tarbiah dari mula hingga akhir filem mudah-mudahan mesej akan sampai...tarbiah dalam erti kata didikan atau nasihat berkaitan dengan pengharaman kedukunan yang melanggar syariat, tenun nasib dan sebagainya....

wallahualam...sekiranya ada persoalan, teguran dan nasihat boleh ajukan diruang komentar..terima kasih kerana sudi membaca....
0 comments:
Post a Comment