Sambungan kepada entri lalu. Post kali ini akan menjelaskan secara terperinci tentang pembahagian jenis-jenis zakat yang diwajibkan kepada kita sebagai Umat Islam yang beriman dengan Allah dan RasulNya s.a.w.
15 March, 2014
Penjelasan Jenis-Jenis Zakat
1. ZAKAT FITRAH
“Dari Ibnu Umar ; katanya,
“Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah dibulan Ramadhan atas setiap orang
Muslim, biarpun dia merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, iaitu segantang
kurma atau gamdum”.
Hadis diatas jelas mengatakan zakat fitrah wajib setahun hanya sekali iaitu hanya dibulan Ramadhan keatas setiap ummat Islam xkira kedudukan dengan kadar segantang. (makanan asasi)
Perbezaan Pendapat Ulama mengenai
pembayaran zakat fitrah. Dua fatwa larangan membayar zakat fitrah dengan tunai
dan fatwa yang membenarkannya.
Fatwa kebangsaan kali ke-57 pada
10 Jun 2003 – Membayar zakat fitrah menggunakan wang adalah dibenarkan.
(Jabatan Agama Islam diMalaysia
menerima pakai kaedah ini bagi memudahkan pungutan dan pengagihan)
Bila ia Wang untuk Fitrah TIDAH
SAH?? – Bayar Fitrah dengan wang tidak sah mengikut mazhab Imam Syafie
sekiranya jika diniatkan wang menjadi zakat fitrah seperti diniatkan
“Wang ini fitrah yang wajib atasku, bagi diriku dan orang-orang tanggunganku.”
Bila Wang jadi Harus untuk zakat
fitrah?? – Hendaklah diniatkan seperti berikut, “Wang ini adalah ganti beras
fitrah yang wajib atasku dan orang-orang tanggunganku pada tahun ini.”
Tetapi lebih afdhal zakat
firah dibayar dengan Makanan(Mazhab Syafie). Mazhab Hanafi pula – lebih afdhal
bayar dengan harga daripada makanan.
Mazhab Syafie haruskan bayar
dengan wang kerana beberapa keadaan :
Pertama
: Darurat
Kedua
: Diperintahkan oleh pemerintah Negara atau raja.
Tujuan pemerintah menghukumkan
zakat fitrah dengan wang adalah kerana asnaf yang 8 terutama fakir miskin lebih
suka menerima wang yang lebih banyak fungsinya kegunaannya.
Posted by Wans langkawi, sampan usang, wans kedah at 7:46:00 PM
Labels: contoh kiraan zakat pendapatan, kiraan zakat kedah, zakat, zakat fitrah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Islamic Collection
Mohd Ridzuan
0 comments:
Post a Comment