TULISAN ASAL PENULIS BLOG UNTUK BERKONGSI ILMU,SEBARANG KOMEN DIALU-ALUKAN
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

25 April, 2010

Perkara Yang Membatalkan Iman (5) -munafik dan bidaah

NIFAK @ MUNAFIK dan BIDA'AH
"إِنَّمَا الْمُنافِقِيْنَ فِي الدَّرْكِ الأَسْفَلَ مِنَ النَّارِ"
( Sesungguhnya Orang Muanafik itu lembah paling bawah daripada lembah api neraka )

PENGERTIAN NIFAK: Ialah berpura-pura beriman tetapi hati kufur kepada Allah s.w.t.

SIFAT ORANG MUNAFIK
1. Bila bercakap = Berdusta.
2. Bila Diamanahkan = mengkhianati.
3. Bila berjanji = Mungkiri.
4. Bila berbalah = Melampaui batas.
5. Berpura-pura dalam melakukan amalan Islam.

SEBAB KENAPA UMAT ISLAM PERLU MENJAUHI SIFAR NIFAK
• Boleh batalkan iman kerana iman yang sebenar ialah yakin dan iktikad dalam hati bersungguh2.
• Masyarakat akan rosak kerana selalu berlaku permusuhan bila nifak diamalkan.
• Beramal dengan nifak menyebabkan jiwa tak tenang & sentiasa dalam keadaan gelisah.

PENGERTIAN BIDAAH : Ialah satu hukum agama yang diadakan oleh manusia samada bercorak akidah, ibadah yang tidak ada dalam nas syarak.

BIDAAH HASANAH dan BIDAAH DHOLALAH

Hasanah - Adakah sesuatu yang baru dalam agama yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai tanpa mengubah apa-apa hukum syarak seperti berpegang dengan mazhab yang mengadakan solat taraweh berjamaah dan sebagainya.

Dholalah - Mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang tidak ada dasarnya dalam Al-Quran dan Hadis atau Ijmak ulama seperti mengadakan solat jumaat 4 rakaat atau melakukan sesuatu yang jelas mendatangkan keburukan seperti yang kita dapat lihat dalam peristiwa karbala (syiah) dan sebagainya

 
KESAN BURUK BIDAAH : 1. Boleh sebabkan syirik, 2. Menyeleweng dari landasan kebenaran, 3. Berlaku pergaduhan dan persengketaan kerana bidaah ini berlawanan dari amalan biasa masyarakat.

Perkara Yang Membatalkan Iman (4) -khurafat dan sihir

KHURAFAT dan SIHIR

PENGERTIAN KHURAFAT : Kepercayaan karut yang dianggap ada hubungan dengan Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat.

Contoh Amalan Khurafat Yang Masih diamalkan dalam masyarakat Islam
• Percayakan tangkal azimat boleh menahan bahaya dari menimpa seseorang
• mempercayai binatang tertentu dapat membawa sial dan tuah(ikan).
• menepung tawar dan menabur beras kunyit untuk mendapat berkat.
• Mempercayai tempat-tempat tertentu yang dianggap keramat dan dapat menyempurnakan sesuatu hajat, mandi bunga untuk cepat dapat jodoh.
• Melenggang perut bagi wanita yang mengandung anak sulung dan sebagainya.


CARA MENGATASI AMALAN KHURAFAT
Pergiatkan usha dakwah dan majlis ilmu kepada semua peringkat umur.
Tempat-tempat keramat yang dijadikan tempat pemujaan hendaklah dihapuskan.
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang melakukan kegiatan ini dengan mengenakan hukuman yang berat.
Member kesedaran kepada masyarakat Islam tentang akibat buruk percaya kepada perkara-perkara karut.
Tradisi Melenggang Perut

KESAN BURUK AMALAN KHURAFAT TERHADAP INDIVIDU TERHADAP MASYARAKAT
1. Akan sebabkan seseorang itu syirik kepada Allah sebab anggap ada kuasa lain menyamai kuasaNya.
2. menghabiskan masa, wang dan tenaga dengan sia-sia.
3. Masyarakat akan merasa terkongkong dan takut kerana terpaksa tunduk kepada pantang larang tertentu.
4. Berlaku huru hara dan perpecahan dikalangan masyarakat.
5. Menyekat kebebasan masyarakat untuk berfikir lebih positif.
PENGERTIAN SIHIR : Satu ilmu atau perbuatan secara halus dengan pertolongan makhluk ghaib untuk mengelirukan dan memudhoratkan orang lain.

SEBAB SIHIR DILARANG OLEH ISLAM DAN KEBURUKKANNYA.

• Boleh rosakkan keimanan seseorang terhadap Allah.
• Boleh timbulkan fitnah dalam masyarakat dan boleh menghalang kemajuan dalam Negara.
• Tukang sihir menjadi takbur, sombong dan zalim kerana ia yakin mempunyai kekuasaan luar biasa.
• Boleh sebabkan hilang pergantungan kepada Allah kerana mendapat bantuan daripada makhluk ghaib (jin ,Iblis dan sebagainya).
• Sentiasa merasa takut, menzalimi dan menganiayai orang lain.

ولكنَّ الشَّياطِينَ كفروا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ #

Maksudnya : “…dan akan tetapi yang kufur itu syaitan, mereka mengajar manusia ilmu sihir.” (Al-Baqarah :102 )

Perkara Yang Membatalkan Iman (3) -murtad

RIDDAH(murtad)

ومنَ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِيْـنِه فَـيَمُتْ وهو كافرٌ #
MAKSUDNYA : “…..dan sesiapa diantara kamu yang murtad(berpaling tadah) dari agamanya(Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir…..” ( Al-Baqarah : 217 )

RIDDAH @ Murtad ertinya keluar seseorang itu daripada Islam melalui perbuatan, perkataan, atau iktikad dalam hati.

PERBUATAN & PERKATAAN YANG MEMBAWA MURTAD
• PERBUATAN : Sembah berhala, Menganut agama lain, Memuja tempat-tempat keramat, Melakukan upacara & istiadat agama lain, memakai lambing agama lain seperti salib, memakai tangkal azimat.
• PERKATAAN : Menghina, bantah dan mempersendakan hukum Islam, mengingkari kewajipan solat fardhu dengan mengatakan solat itu tidak wajib, Menghalalkan perkara yang diharamkan dan mengharamkan perkara-perkara yang dihalakan oleh Allah.

FAKTOR YANG BOLEH SEBABKAN MURTAD.
• Tidak mempunyai pegangan dan pengetahuan agama Islam yang kukuh terhadap aspek akidah.
• Terpengaruh dengan kemewahan kehidupan dunia.
• Pihak bertanggungjawab tidak memberikan bimbingan dan pembelaan secukupnya terhadap saudara baru bagi mengelakkan mereka merasakan tekanan setelah memeluk Islam.
• Dianiayai oleh orang yang membawanya masuk ke agama Islam dan tidak sanggup untuk mengamalkan ajaran Islam dengan sempurna.


KESAN DARIPADA JENAYAH MURTAD.
• Perkahwinan dengan orang islam akan terbatal dan ia juga tidak boleh mengahwini mana-mana orang Islam yang lain.
• Tidak boleh menerima harta pusaka dan hartanya tidak boleh dipusakai.
• Dijatuhkan hukuman bunuh jika tidak ingin bertaubat dan kembali kepada Islam.
• Menjadi penghuni neraka dan kekaldidalam buat selama-lamanya (KAFIR)
• Amalan yang dilakukan sebelum murtad akan terhapus dan menjadi sia-sia.
• Tidak boleh dikebumikan ditanah perkuburan Islam.

TINDAKAN YANG WAJIB DIAMBIL KEATAS ORANG MURTAD
1. Beri nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam.
2. Penjarakannya supaya dapat memberi pengajaran kepadanya.
3. Dihukum bunuh oleh pihak yang berkuasa jika masih enggan kembali kepada Islam setelah dua cara diatas tidak berjaya.

HIKMAH HUKUMAN BUNUH KEPADA JENAYAH MURTAD
1. Murtad boleh memecah belahkan masyarakat.
2. Perbuatan muted boleh mencemarkan kesucian Islam
3. Tunjukkan kepada masyarakat bahawa hukum Islam tidak boleh dipermain-mainkan
4. Supaya tidak ada orang yang berani memburukkan/menghina agama Islam.

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN (2) -kufur

Pengertian Kufur.
Kufur Akidah / Kufur Syariat / Kufur Akhlak

i) Tidak percaya salah satu rukun iman.
ii) Tidak percaya perkara ghaib seperti adanya syurga neraka.
iii) Tidak percaya hukum Allah didalam Al-Quran & Hadis.
iv) Persenda & hina hukum Allah dengan mengingkari & nafi hukum Allah seperti tidak solat & anggap solat tidak wajib, tidak patuh pada hukum Allah, melaksanakan undang-undang sekular dalam negara, tidak laksana sepenuhnya ajaran Islam dan menganggap kurang sesuai diamalkan dizaman moden, memakai lambang salib, tatu di badan dan sebagainya, meniru pakaian keagamaan agama lain, amalkan akhlak yang dilarang dalam Islam dan benci kebaikan dan suka perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Faktor Sebabkan Seseorang Kufur Kepada Allah.
• Tidak mempunyai pegangan agama yang kukuh hingga tak mampu bezakan antara dosa & pahala.
• Dipengaruhi oleh nafsu amarah yang sebabkan mudah terpengaruh untuk lakukan perkara dilarang.
• Kesempitan hidup membuatkan seseoarang itu sangup melakukan apa sahaja untuk mengatasinya.
• Terpengaruh dengan kesenangan dan kemewahan hidup didunia ini sebabkan mereka tidak dapat menerima Islam yang dikatakan menyekat kebebasan mereka.
Pendekatan Yang Sesuai Bagi Menjauhi Amalan Tersebut
• Menggunakan pendekatan dakwah yang berkesan.
• Menghapuskan tempat-tempat yang boleh membawa kepada syirik seperti tugu & seumpamanya.
• Menguatkuasakan undang-undang Islam seperti Hudud & Qisas kepada pesalah.
• Memberi pendidikan Islam yang berkesan.
• Mengadakan kursus pemulihan akidah.

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN (1) -syirik


SYIRIK



Iman Terbatal Dengan Cara Berikut
·Melalui niat iaitu meyakini dan iktikad dalam hati tentang perkara yang bertentangan dengan Islam seperti yakin bahawa terdapat agama lain yang lebih baik dari agama Islam.
· Melalui perkataan iaitu menghina, mencaci, mencerca & mempermainkan Allah & hukum Islam.
· Melalui perbuatan iaitu yang dilakukan untuk menghormati dan menyembah mana-mana makhluk.



Ucapan Yang Boleh Merosakkan Iman.
· Menghina Al-Quran dan Sunnah *Memuja makhluk setaraf dengan Allah s.w.t
· Menghina ketentuan hukum Allah. * Mengaku keluar dari Islam.
· Tidak menerima mana-mana hukum iman seperti tidak menerima ketuntuan qada’ & qadar.


Amalan Yang Boleh Membatalkan Iman Dalam Masyarakat Kini.
· Syirik iaitu menduakan Allah dengan sesuatu @ mempercayai ada kuasa lain selain Allah atau ada kuasa lain yang bergabung dengan kuasa Allah. Syirik terbahagi kepada 2 bahagian :-
SYIRIK KHOFI (Sembunyi)
SYIRIK JALI (Nyata)
I ) Sifat riak & takabbur dalam diri manusia.
ii) Percaya kepada tangkal yang boleh memberi kesan kepada pemakainya.
I ) Mengatakan Nabi Isa a.s itu anak Allah.
ii) Menyembah Berhala.
Iii) Tenun Nasib ( Nombor Ekor).
· Sihir iaitu menggunakan pertolongan syaitan untuk mengelirukan & memudhoratkan orang lain.
· Bunuh Diri dengan memakan racun & sebagainya adalah dosa besar & dibalas dengan seksa neraka.
· Menghina Al-Quran samada isi kandungan atau memijaknya.
· Menolak Hadis iaitu tidak mempercayai hadis dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
· Mempercayai perkara Khurafat yang boleh memberi manfaat atau mudhorat.
Sebab Islam Melarang Perkara Membawa Syirik
· Boleh rosakkan akidah dan menyebabkan terkeluar dari Islam.
· Boleh sebabkan menyamakan kuasa Allah sama dengan kuasa makhluk yang lain.
· Dosa perbuatan syirik tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t serta mendapat azab pedih diakhirat.
· Hilangkan keyakinan terhadap kekuasaan Allah.
· Timbul permusuhan didalam masyarakat.

# وَلا تدعُ من دون الله ما لا يَنفَعُك ولايَضُرُّك، فإِن فَعَلْتَ فإنك إذًا مِن الظالمين #
Maksudnya : Dan janganlah engkau(Muhammad) menyembah selain Allah yang tidak memberi manfaat & tidak pula memberi mudhorat kepada engkau, jika engkau berbuat demikian, sesungguhnya engkau termasuk golongan orang orang yang zalim.

19 April, 2010

SALAHUDDIN AL-AYUBI


Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.

Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.

Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.

Gambar puak Kurdish sekarang (dibawah). Ramai dikalangan pejuang Islam Lahir dari puak ini. Hidup merupakah perjuangan untuk terus menegakkan agam Allah
Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.

Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.

Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.

Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.

Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.

Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.

Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.

Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.

Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendengar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.

Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapannya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabiskan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemah tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.

Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.

Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.

Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel-gambar) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.

Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.

Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem, malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.

Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang doktor. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.

Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur." Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.

Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pengsan.

Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan dengan nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar. Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.

Adakah taubat kita diterima??

Dunia saban hari kian menanti waktu kehancurannya... tsunami, muntahan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan pelbagai lagi petanda yang Allah pamerkan sebagai peringatan untuk orang-orang beriman namun pihak yang antikan Islam sentiasa menafikan peringatan ini sebaliknya menyatakan setiap bencana yang berlaku adalah semata-mata bencana alam.. sampai bilakah kita akan terus terlena dan kembali kepada Tuhan?? adakah segala bencana yang berlaku masih belum cukup untuk memuaskan hati dan nafsu kita untuk terus melakukan kerosakan dimuka bumi ini?? wan cuma nak ingatkan teman-teman seagama walau diri bukan sebagus mana, tidak layak rasanya nak terus berceloteh panjang untuk menasihati rakan-rakan, namun dengan harapan secebis usha yang ada mampu memberi sedikit ilmu dan pengetahuan kepada semua tentang salah satu petanda taubat kita telah diterima Allah...

Bertaubatlah selagi ajal belum menjemput.. lupakan kisah hitam yang pernah kita lakukan, mohon ampunlah kepada Allah, mengadu agar segala kelalaian dan ketelanjuran kita mendapat perhatian dan pengampunan Allah... kalau kita seorang penzina,pembunuh, peragut, perogol atau apa sahaja jenayah, tinggalkanlah dan mohonlah keampunan sebelum terlambat...pintu taubat sentiasa terbuka...

Bagaimanakah kita dapat merasakan taubat kita diterima?? Layakkah kita mendapat pengampunan atas kesalahan tersebut? Alim Ulamak ada menyatakan, tanda taubat kita diterima takkala kita mampu untuk hindari kesalahan tersebut dari terus berulang.. seandainya kita melakukan kesalahan yang pernah kita taubat pada 10 tahun yang lalu, mungkin itu petanda taubat kita masih belum diterima Allah.... Taubat adalah menginsafi kesalahan lalu dan berazam tidak akan mengulanginya lagi pada masa akan datang...itulah taubat nasuha...

Kalaulah kita terus tidak mampu mengharungi ujian melawan nafsu kejahatan tersebut, berusahalah untuk tidak meninggalkan ibadahmu kepada Allah dan sentiasalah memohon kepadaNya agar Dia dapat memimpin dirimu mengikut jalan yang diredhoiNya...Rintihlah dengan sebenar rintihan dihadapanNya...andai tidak ada lagi dihatimu rasa cintakan Allah, namun rasa ingin kembali ke pangkal jalan bersemi dihatimu, pohonlah agar Allah beri kamu hati yang baru yang mampu kembali kepada Allah...wallahualam...

Sekutu Arak yang sengaja dilupakan..

ARAK - DADAH - ROKOK
PENGERTIAN ARAK : Arak ialah minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan berfikir, arak mungkin diperbuat daripada gandum, anggur, tamar, beras dan sebagainya.

HUKUM MINUM ARAK


1) Haram samada sikit atau banyak, sama ada di minum hingga mabuk ataupun tidak.

2) Harus diminum dalam keadaan darurat sekiranya terdapat kemudhoratan yang untuk meminumnya seperti harus minum arak untuk bertahan daripada mati kesakitan.

HUKUMAN KEATAS PEMINUM ARAK MENURUT ISLAM


Perkara yang boleh mensabitkan hukuman keatas peminum arak ialah :
1) Penyaksian 2 orang lelaki Muslim yang adil. 2) Pengakuan daripada peminum itu sendiri.

Hukuman juga tertakluk kepada peminum yang sempurna akal (tak gila), sudah baligh, minum dengan kehendak sendiri dan bukan paksaan, peminum tahu yang diminum itu memabukkan atau arak.


Hukumannya ialah dikenakan hukuman had atau sebat. Para ulama berselisih pendapat mengenai jumlah hukuman sebat yang perlu dikenakan iaitu :-


Jumhur Ulama : 80 kali sebatan. Hujah mereka berdasarkan hukuman yang dikenakan oleh Saidina Umar r.a kepada peminum arak.
Imam Syafie : 40 kali sebatan berdasarkan hadis bahawa Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a telah menghukum peminum arak dengan jumlah tersebut.

Dosa Minum Arak Tertanggung Kepada Semua Yang Berikut :-

1) Pemerah Arak. 2) Orang Yang Suruh Perah Arak. 3) Pembawa Arak.

4) Suruh Bawa Arak. 5) Pelayan Arak. 6) Penjual Arak.

7) Pembeli Arak. 8) Penanam Anggur untuk buat Arak. 9) Suruh Beli Arak 10)Yang dapat hasil dari penjualan arak.

Sebab orang terlibat dengan arak turut berdosa kerana mereka termasuk golongan yang bersubahat melakukan perkara haram, menggalakkan kemungkaran, mengabaikan amar makruf nahi mungkar dan yang paling besar ialah mengingkari perintah Allah s.w.t.


SABDA RASULULLAH S.A.W :

عن أنسٍ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : لعن في الخمرِ عشرةً : عاصِرَها ومُتْعَصِرَها وشَارِبَها وحَامِلها والمَحْمُولَة إليهِ وساقِيَها وبائِعَهاوآكِلَ ثَمَنِها والمُشْتَري لها والمشتري لهُ

MAKSUDNYA : “Diriwayatkan oleh Anas, bahawasanya Rasulullah s.a.w melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Orang yang memerahnya, minta diperahkan arak untuknya, yang minumnya, yang membawanya, minta dibawakan untuknya, beri minum pada orang lain, menjual arak, mendapat hasil daripada arak, membeli arak dan yang minta dibelikan arak untuknya. ( Ibnu Majah & Al-Tarmizi ).

FIRMAN ALLAH TAALA ( Al-Maidah : 90 ) :

يَأَيَّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوآ إِنَّما الْخَمرُ والْمَيْسِرُ والأَنْصَابُ والأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَان فَاجْتَنِبُوه لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ #

MAKSUDNYA : “ wahai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi, sembah berhala, bertenun nasib adalah pekerjaan kotor daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi daripadanya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”.



SEJARAH PENGHARAMAN ARAK


Wahyu diturunkan ketika arak menjadi minuman kegemaran masyarakat Arab jahiliyyah. Oleh sebab itu ia diharamkan berperingkat-peringkat. Pada permulaan, orang Islam diperintahkan supaya tidak mendirikan solat ketika mabuk. ( An-Nisaa’ : 43 ). Pada peringkat kedua, Al-Quran menerangkan arak mengandungi mudhorat dan manfaatnya tetapi mudhoratnya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 ) dan peringkat terakhir diturunkan dengan mengharamkan arak keseluruhannya.(Al-Maidah : 90 ).

Para ulama mengharamkan penyalahgunaan dadah sama seperti pengharaman arak dengan menggunakan Qias kerana kesan dadah hampir sama seperti kesan akibat arak malah mungkin lebih bahaya kerana dadah juga boleh merosakkan sel-sel badan yang boleh membawa kematian. Begitu juga dengan masalah rokok. Memang tiada dalil dari Al-Quran dan Hadis tentang haramnya tetapi kita boleh sendiri melihatnya dengan merujuk dalil diatas. Memang terdapat mudhorat seperti makan daging (boleh darah tinggi), makan gula (kencing manis) tapi kenapa tak haram?? semua bahan itu ada manfaatnya tapi apa manfaatnya rokok?? harga sekotak hampir RM10, terus menerus menyumbang kepada kerajaan Yahudi Laknatullah, memudhoratkan orang lain 2 kali lebih dari diri sendiri, pembaziran yang semuanya tidak membawa kebaikan kepada diri.. Tiada kajian menunjukkan kebaikan merokok. Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan tunggu malaikat maut muncul depan kita dan tolong cucuh rokok untuk kita mati cepat baru nak sedar bahana rokok kepada kita.. fikir-fikirkanlah.

Doa Ditolak?? Benar atau Dusta??



Doa adalah tanda munajat seorang hamba kepada Tuhan dan menggambarkan bertapa rendahnya diri kita disisi Pencipta.. Allah pernah berfirman "berdoalah kepada-Ku, nescaya aku perkenankan"... namum bagaimanakah doa kita pada hari ini.. adakah telah kita peroleh apa yang kita pinta daripada-Nya?? Mungkinkah Allah taala menyalahi janji-Nya kerana hajat kita tidak tertunai?? adakah kita telah berputus asa dari meminta kepada-Nya dan kembali memberikan pergantungan kehidupan kita kepada sesama makhluk?? hingga kita menanggap lebih mudah meminta kepada sesama makhluk berbanding memohon bantuan-Nya?? Nauzubillah...




Janganlah sesekali kita hilang pergantungan kepada Allah...







Kita sebagai hamba yang sangat jahil, batas pemikiran yang tersangat cetek sebenarnya tidak mampu menyaingi ilmu Allah taala...

Dalam berdoa... Kita selalu memohon kepada Allah supaya dikurniakan seekor rama-rama yang cantik..tetapi diberi seekor ulat yang hodoh sambil menyalahkan Allah...Kita tidak sedar, rupa-rupanya ulat itu bakal menjadi rama-rama yang sangat cantik..


Dalam kehidupan, kita kita juga umpama piano, terdapat key hitam & putih...key hitam lambang kesengsaraan dan putih sebagai kebahagiaan, hidup tak akan bahagia andai key hitam dan putih tidak dilagukan bersama...Alangkah bijak-Nya Allah.. Dia lebih mengetahui apa yang kita perlukan...tapi kita tetap terus terlena dibelai keasyikan kehidupan..

18 April, 2010

Valentine Days And April Fool


Valentine Days dan April Fool mungkin 2 perkataan atau peristiwa yang tidak asing lagi kepada kita hari ini terutama anak remaja seperti juga saya dan rakan-rakan pembaca. 2 peristiwa yang selalu dinantikan untuk disambut dan bergembira. Dari golongan pelajar, mahasiswa, guru-guru, profesional dan semua lapisan masyarakat kita kebanyakkan mengerti dan menyambut 2 hari "istimewa ini". Tapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar mengerti makna atau sejarah yang telah berlaku yang saya kira memberi makna yang amat mendalam kedalam hati sanubari umat Islam sehingga 2 peristiwa ini menjadi salah satu perayaan atau sambutan anak muda kita terutamanya setiap tahun??

Bermulanya sejarah Sant Valentino dan Princess Victoria yang merupakan pasangan kekasih yang amat mencintai antara satu sama lain dan beragama kristian beserta pengikut mereka bersama-sama bersatu membantu King Ferdenand menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia. Sebuah sejarah kerajaan Islam terhebat yang terkenal sebagai zaman kegemilangan ilmu pengetahuan, zaman yang melahirkan ramai cendekiawan agung yang hebat, zaman gemilangnya ilmu sains, fizik, kimia, perubatan Islam dan lain-lain ilmu Islam. Peperangan yang telah menyebabkan Andalusia terus lenyap di peta dunia. Peperangan ini berlaku pada 14 Februari 1492 Masihi yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam di Bandar Granada yang merupakan bandar terakhir tewas dan jatuh ke tangan tentera King Ferdenand.

Kekalahan ini juga menyebabkan banyak buku-buku Islam dimusnah, dicuri dan dibuang kedalam sungai-sungai menyebabkan banyak hasil karangan cendikiawan Islam terulung hilang begitu sahaja. Hasil rompakan kitab-kitab Islam telah diambil, dikaji dan diterbitkan semula dengan meletakkan diri mereka sebagai pengkaji, saintis, dan ilmuan yang mencetuskan ilmu tersebut hingga dunia memandang tinggi kepada mereka.

Apa yang paling menyayat hati sebagai seorang Islam ialah pada hari terakhir kekalahan tentera Islam dalam perang Andalusia ialah apabila Ratu Victoria yang merupakan kekasih Sant Valentino memberi kata dua kepada tawanan Islam samada untuk mengikut ajaran kristian atau keluar dari bumi Andalusia. Dengan berbekalkan keimanan, kebanyakkan umat Islam ini lebih sayang kepada agama mereka dengan memilih untuk keluar dri bumi Andalusia supaya dapat menyelamatkan akidah masing-masing. Mereka diarahkan untuk keluar dari Andalusia dengan menaiki sebuah kapal yang telah disediakan oleh Ratu Victoria di sebuah perlabuhan. Takkala umat Islam telah naik ke kapal, tentera King Ferdenand telah mengunci semua pintu keluar kapal tersebut dan menyimbah dengan petrol yang kemudiannya bertindak membakar umat Islam didalam kapal tersebut yang tidak punya peluang lagi untuk keluar. Pasangan kekasih (valentino dan Victoria) beserta King Ferdenand dan tenteranya bertepuk tangan di tepi perlabuhan tanda gembira kerana berjaya mengenakan umat Islam. Umat Islam diperbodohkan oleh mereka. Peristiwa ini berlaku pada 1 April 1492 Masihi. Tarikh yang sangat sinonim dengan kita sebagai APRIL FOOL. Hari Islam diperbodohkan. Sampaikan kepada rakan dan teman. Jangan kita termasuk orang yang sama-sama bertepuk tangan melihat Islam dihina.


Dengarlah Seruan Jihad,
Bergema di Udara,
Kemenangan Ataupun Syahid,
Itulah Harapan Ummah..

Bina Kekuatan Dalam Jemaah,
Dengan Iman dan Mujahadah,
Itulah Ikhlas Para Pejuang,
Janganlah Cuba Menghalang.

Islamic Collection


Mohd Ridzuan