TULISAN ASAL PENULIS BLOG UNTUK BERKONGSI ILMU,SEBARANG KOMEN DIALU-ALUKAN
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

19 April, 2010

Sekutu Arak yang sengaja dilupakan..

ARAK - DADAH - ROKOK
PENGERTIAN ARAK : Arak ialah minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan berfikir, arak mungkin diperbuat daripada gandum, anggur, tamar, beras dan sebagainya.

HUKUM MINUM ARAK


1) Haram samada sikit atau banyak, sama ada di minum hingga mabuk ataupun tidak.

2) Harus diminum dalam keadaan darurat sekiranya terdapat kemudhoratan yang untuk meminumnya seperti harus minum arak untuk bertahan daripada mati kesakitan.

HUKUMAN KEATAS PEMINUM ARAK MENURUT ISLAM


Perkara yang boleh mensabitkan hukuman keatas peminum arak ialah :
1) Penyaksian 2 orang lelaki Muslim yang adil. 2) Pengakuan daripada peminum itu sendiri.

Hukuman juga tertakluk kepada peminum yang sempurna akal (tak gila), sudah baligh, minum dengan kehendak sendiri dan bukan paksaan, peminum tahu yang diminum itu memabukkan atau arak.


Hukumannya ialah dikenakan hukuman had atau sebat. Para ulama berselisih pendapat mengenai jumlah hukuman sebat yang perlu dikenakan iaitu :-


Jumhur Ulama : 80 kali sebatan. Hujah mereka berdasarkan hukuman yang dikenakan oleh Saidina Umar r.a kepada peminum arak.
Imam Syafie : 40 kali sebatan berdasarkan hadis bahawa Rasulullah s.a.w dan Saidina Abu Bakar r.a telah menghukum peminum arak dengan jumlah tersebut.

Dosa Minum Arak Tertanggung Kepada Semua Yang Berikut :-

1) Pemerah Arak. 2) Orang Yang Suruh Perah Arak. 3) Pembawa Arak.

4) Suruh Bawa Arak. 5) Pelayan Arak. 6) Penjual Arak.

7) Pembeli Arak. 8) Penanam Anggur untuk buat Arak. 9) Suruh Beli Arak 10)Yang dapat hasil dari penjualan arak.

Sebab orang terlibat dengan arak turut berdosa kerana mereka termasuk golongan yang bersubahat melakukan perkara haram, menggalakkan kemungkaran, mengabaikan amar makruf nahi mungkar dan yang paling besar ialah mengingkari perintah Allah s.w.t.


SABDA RASULULLAH S.A.W :

عن أنسٍ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم : لعن في الخمرِ عشرةً : عاصِرَها ومُتْعَصِرَها وشَارِبَها وحَامِلها والمَحْمُولَة إليهِ وساقِيَها وبائِعَهاوآكِلَ ثَمَنِها والمُشْتَري لها والمشتري لهُ

MAKSUDNYA : “Diriwayatkan oleh Anas, bahawasanya Rasulullah s.a.w melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak. Orang yang memerahnya, minta diperahkan arak untuknya, yang minumnya, yang membawanya, minta dibawakan untuknya, beri minum pada orang lain, menjual arak, mendapat hasil daripada arak, membeli arak dan yang minta dibelikan arak untuknya. ( Ibnu Majah & Al-Tarmizi ).

FIRMAN ALLAH TAALA ( Al-Maidah : 90 ) :

يَأَيَّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوآ إِنَّما الْخَمرُ والْمَيْسِرُ والأَنْصَابُ والأَزْلامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَان فَاجْتَنِبُوه لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ #

MAKSUDNYA : “ wahai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi, sembah berhala, bertenun nasib adalah pekerjaan kotor daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhi daripadanya, mudah-mudahan kamu mendapat kejayaan”.



SEJARAH PENGHARAMAN ARAK


Wahyu diturunkan ketika arak menjadi minuman kegemaran masyarakat Arab jahiliyyah. Oleh sebab itu ia diharamkan berperingkat-peringkat. Pada permulaan, orang Islam diperintahkan supaya tidak mendirikan solat ketika mabuk. ( An-Nisaa’ : 43 ). Pada peringkat kedua, Al-Quran menerangkan arak mengandungi mudhorat dan manfaatnya tetapi mudhoratnya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 ) dan peringkat terakhir diturunkan dengan mengharamkan arak keseluruhannya.(Al-Maidah : 90 ).

Para ulama mengharamkan penyalahgunaan dadah sama seperti pengharaman arak dengan menggunakan Qias kerana kesan dadah hampir sama seperti kesan akibat arak malah mungkin lebih bahaya kerana dadah juga boleh merosakkan sel-sel badan yang boleh membawa kematian. Begitu juga dengan masalah rokok. Memang tiada dalil dari Al-Quran dan Hadis tentang haramnya tetapi kita boleh sendiri melihatnya dengan merujuk dalil diatas. Memang terdapat mudhorat seperti makan daging (boleh darah tinggi), makan gula (kencing manis) tapi kenapa tak haram?? semua bahan itu ada manfaatnya tapi apa manfaatnya rokok?? harga sekotak hampir RM10, terus menerus menyumbang kepada kerajaan Yahudi Laknatullah, memudhoratkan orang lain 2 kali lebih dari diri sendiri, pembaziran yang semuanya tidak membawa kebaikan kepada diri.. Tiada kajian menunjukkan kebaikan merokok. Jadi fikir-fikirkanlah. Jangan tunggu malaikat maut muncul depan kita dan tolong cucuh rokok untuk kita mati cepat baru nak sedar bahana rokok kepada kita.. fikir-fikirkanlah.

0 comments:

Islamic Collection


Mohd Ridzuan