Valentine Days dan April Fool mungkin 2 perkataan atau peristiwa yang tidak asing lagi kepada kita hari ini terutama anak remaja seperti juga saya dan rakan-rakan pembaca. 2 peristiwa yang selalu dinantikan untuk disambut dan bergembira. Dari golongan pelajar, mahasiswa, guru-guru, profesional dan semua lapisan masyarakat kita kebanyakkan mengerti dan menyambut 2 hari "istimewa ini". Tapi berapa ramaikah di antara kita yang benar-benar mengerti makna atau sejarah yang telah berlaku yang saya kira memberi makna yang amat mendalam kedalam hati sanubari umat Islam sehingga 2 peristiwa ini menjadi salah satu perayaan atau sambutan anak muda kita terutamanya setiap tahun??
Bermulanya sejarah Sant Valentino dan Princess Victoria yang merupakan pasangan kekasih yang amat mencintai antara satu sama lain dan beragama kristian beserta pengikut mereka bersama-sama bersatu membantu King Ferdenand menjatuhkan kerajaan Islam Andalusia. Sebuah sejarah kerajaan Islam terhebat yang terkenal sebagai zaman kegemilangan ilmu pengetahuan, zaman yang melahirkan ramai cendekiawan agung yang hebat, zaman gemilangnya ilmu sains, fizik, kimia, perubatan Islam dan lain-lain ilmu Islam. Peperangan yang telah menyebabkan Andalusia terus lenyap di peta dunia. Peperangan ini berlaku pada 14 Februari 1492 Masihi yang berakhir dengan kekalahan tentera Islam di Bandar Granada yang merupakan bandar terakhir tewas dan jatuh ke tangan tentera King Ferdenand.
Kekalahan ini juga menyebabkan banyak buku-buku Islam dimusnah, dicuri dan dibuang kedalam sungai-sungai menyebabkan banyak hasil karangan cendikiawan Islam terulung hilang begitu sahaja. Hasil rompakan kitab-kitab Islam telah diambil, dikaji dan diterbitkan semula dengan meletakkan diri mereka sebagai pengkaji, saintis, dan ilmuan yang mencetuskan ilmu tersebut hingga dunia memandang tinggi kepada mereka.
Apa yang paling menyayat hati sebagai seorang Islam ialah pada hari terakhir kekalahan tentera Islam dalam perang Andalusia ialah apabila Ratu Victoria yang merupakan kekasih Sant Valentino memberi kata dua kepada tawanan Islam samada untuk mengikut ajaran kristian atau keluar dari bumi Andalusia. Dengan berbekalkan keimanan, kebanyakkan umat Islam ini lebih sayang kepada agama mereka dengan memilih untuk keluar dri bumi Andalusia supaya dapat menyelamatkan akidah masing-masing. Mereka diarahkan untuk keluar dari Andalusia dengan menaiki sebuah kapal yang telah disediakan oleh Ratu Victoria di sebuah perlabuhan. Takkala umat Islam telah naik ke kapal, tentera King Ferdenand telah mengunci semua pintu keluar kapal tersebut dan menyimbah dengan petrol yang kemudiannya bertindak membakar umat Islam didalam kapal tersebut yang tidak punya peluang lagi untuk keluar. Pasangan kekasih (valentino dan Victoria) beserta King Ferdenand dan tenteranya bertepuk tangan di tepi perlabuhan tanda gembira kerana berjaya mengenakan umat Islam. Umat Islam diperbodohkan oleh mereka. Peristiwa ini berlaku pada 1 April 1492 Masihi. Tarikh yang sangat sinonim dengan kita sebagai APRIL FOOL. Hari Islam diperbodohkan. Sampaikan kepada rakan dan teman. Jangan kita termasuk orang yang sama-sama bertepuk tangan melihat Islam dihina.
Bina Kekuatan Dalam Jemaah,
Dengan Iman dan Mujahadah,
Itulah Ikhlas Para Pejuang,
Janganlah Cuba Menghalang.
0 comments:
Post a Comment