TULISAN ASAL PENULIS BLOG UNTUK BERKONGSI ILMU,SEBARANG KOMEN DIALU-ALUKAN
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

30 May, 2010

Mana Yang Lebih Bahaya??

MATI ATAU LUPA MATI LEBIH BAHAYA??

Musibah yang lebih besar daripada mati adalah lali terhadap mati atau jarang memikirkan tentangnya..

LARANGAN MINTA KEMATIAN
Hadis daripada Anas,Rasul bersabda : “Jangan sesekali ada seorang diantara kamu yang bercita-cita untuk mati disebabkan oleh sesuatu bencana yang menimpanya. Kalau pun terpaksa menginginkan kematian, maka ucapkanlah; ‘yaAllah, hidupkanlah aku hidup akan lebih baik bagiku dan matikanlah aku jika mati itu lebih baik bagiku’.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

“Sekali-kali janganlah diantara kamu yang menginginkan mati. Jika dia orang baik, barangkali dia akan bertambah kebaikannya. Dan jika dia orang jahat, barangkali dia akan memohon keredhoan Allah (bertaubat).”
(Riwayat Bukhari)

Dari Jabir bin Abdullah, Rasulullah s.a.w bersabda : “Janganlah kamu menginginkan mati kerana kedahsyatan diawal kematian amatlah berat. Dan sungguh bahagia, jika seorang hamba diberi umur panjang, lalu Allah mengurniakan taubat kepadanya.”
(Hadis Hasan)

BAHAYA LUPA MATI
Menurut ulama, mati adalah terputusnya hubungan roh dengan tubuh, bergantinya keadaan dari suatu alam kealam lainnya. Mati juga termasuk musibah terbesar. Allah berfirman dalam Al-Maaidah:106 yang bermaksud “lalu kamu ditimpa musibah kematian.” Namun Ulama mengatakan bahawa ada musibah yang lebih besar yakni lalai terhadap mati, tidak peduli tentangnya, jarang memikirkannya, atau tidak beramal sebagai persiapan untuk menghadapi kedatangannya.

Orang yang merindui kematian (tak lupa mati) pasti tidak akan sabar menantinya. Abu Hurairah menangis disaat sakitnya bukan kerana dunia tetapi kerana merasakan jauhnya perjalanannya dan sedikitnya bekalannya, “aku berjalan mendaki, tempat mendapat adalah syurga dan neraka, aku tidak tahu diantara keduanya dimana aku dimasukkan.”

3 Golongan Yang Inginkan Kematian :
“tidak ada yang menginginkan mati kecuali 3 kelompokl; orang yang tidak menyedari tentang hal-hal yang bakal terjadi setelah mati, orang yang nak lari dari takdir Allah yang telah ditetapkan kepadanya, atau orang yang terlalu rindu dan ingin bertemu segera dengan Allah s.w.t…”

Rasulullah Bersabda yang diriwayatkan oleh Abdullah bin as-Somid :
“Siapa yang gembira bertemu Allah, Dia (Allah) juga gembira bertemu dengannya”
*Biarlah kita mati kerana Allah dari hidup dimurkai Allah. Sahabat dahulu rela disiksa dan dibunuh dengan kejam demi mempertahankan agama Allah seperti saidina Bilal, kaum keluarga Yassir, masyitah isteri firaun dan lain-lain.

Allah berfirman (Al-Baqarah:154) yang bermaksud : “Dan janganlah kamu menyangka terhadap orang yang gugur syahid dijalan Allah,(bahawa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka hidup disisi Allah, tetapi kamu tidak menyedarinya.”

25 May, 2010

Tolong Ingatkan Aku...

12 May, 2010

Polemik Hukuman Sebat Kartika

Pendahuluan

Ramadhan tahun 2009 disambut dengan kontroversi isu hukuman sebatan yang dijatuhkan ke atas Puan Kartika Sari Dewi bt. Sukarnor oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan, Pahang. Ini berikutan pengakuannya atas kesalahan minum minuman yang memabukkan dan keengganannya memfailkan rayuan bagi meringankan hukuman tersebut. Pelbagai respon positif dan negatif dari semua lapisan masyarakat mengenai isu ini termasuklah pemimpin tertinggi negara, ahli-ahli politik, badan-badan professional, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan. Laporan khas ini akan mengimbas secara eksklusif coretan peristiwa yang timbul berkisar pelaksanaan hukuman sebat terhadap model sambilan berkenaan.

Perjalanan Kes Kartika Sari Dewi Sukarno

11hb Julai 2008 - Lebih kurang jam 11.40 malam, satu operasi bersepadu dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertempat di Cherating Bay Launge, Hotel Legend bagi menguatkuasakan kesalahan ‘minum minuman yang memabukkan’. Hasil dari operasi tersebut, 5 orang telah berjaya diberkas termasuklah seorang model sambilan berusia 31 tahun bagi tujuan siasatan lanjut dan diambil sampel air kencing untuk ujian makmal sebelum dilepaskan dengan jaminan Pegawai Penguatkuasa Agama.

15hb Julai 2008 - Kartika dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1,000.00 bersama seorang penjamin.

31hb Julai 2008 - Keputusan analisis sampel air kencing milik Kartika dari Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Negeri Pahang yang diterima oleh Pegawai Penguatkuasa Agama menunjukkan terdapat 22 mg etil alkohol dalam 100 mililIter sampel berkenaan.

1hb Disember 2008 – Sebutan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Y.A Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Yunus. Pengakuan salah Kartika di atas pertuduhan di bawah seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Pindaan) 1987 telah direkodkan. Yang Arif Tuan Hakim telah menetapkan 12hb Januari 2009 sebagai tarikh pengumuman penghakiman.

12hb Januari 2009 - Kartika tidak hadir dan diwakili oleh peguambela Mohd Zuki b. Che Mat Ghani. Beliau telah memohon penangguhan bagi membolehkan hujahan bertulis ke atas rayuan pengurangan hukuman difailkan. Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan kes disebut semula pada 4hb Mei 2009.

4hb Mei 2009 – Kartika hadir bersama peguambelanya. Timbalan Pendakwa Syarie telah memohon penangguhan untuk membolehkan pihak pendakwaan meneliti hujahan bertulis yang telah difailkan dan seterusnya memfailkan hujahan balas iaitu cadangan hukuman pendakwa. Permohonan tersebut dibenarkan dan kes berkenaan ditetapkan bagi sebutan semula pada 20hb Julai 2009 untuk keputusan penghakiman.

20hb Julai 2009 - Yang Arif Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Yunus menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM5,000.00 atau 3 tahun penjara (jika gagal bayar denda) dan disebat 6 kali sebatan.

21hb Julai 2009 - Kartika telah membayar denda sebanyak RM5,000.00 di Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan tanpa memfailkan rayuan atas keputusan Mahkamah tersebut.

3hb Ogos 2009 - Tarikh akhir bagi pihak Kartika dan/atau pihak pendakwaan memfailkan rayuan. Namun tiada sebarang rayuan dari kedua-dua pihak difailkan bagi mengenepikan hukuman berkenaan.

18hb Ogos 2009 - Pihak pendakwaan mengemukakan tiga permohonan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, iaitu:
          a) Permohonan di bawah Seksyen 125 (4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Pahang) 2002 untuk menahan Kartika di Penjara
              Wanita Kajang bagi melaksanakan hukuman sebat.
          b) Permohonan menguatkuasakan perlaksanaan hukuman sebat sebanyak 6 kali secara syariah di Penjara Wanita Kajang.
          c) Permohonan melepaskan Kartika dari Penjara Wanita Kajang setelah hukuman 6 kali sebatan dilaksanakan.

19hb Ogos 2009 - Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan mengeluarkan waran pemenjaraan selama 7 hari bermula pada 24hb Ogos 2009 untuk tujuan pelaksanaan hukuman sebat.

24hb Ogos 2009 - Lebih kurang jam 8.45 pagi, Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Pahang pergi ke rumah Kartika untuk melaksanakan waran dan perintah Mahkamah tersebut. Namun Penjara Wanita Kajang telah menghubungi Pegawai Penguatkuasa Agama dan memaklumkan bahawa perintah berkenaan tidak dapat dilaksanakan berikutan arahan dari Jabatan Penjara Malaysia. Surat penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut hanya diterima oleh Pegawai Penguatkuasa Agama pada pukul 4.00 petang.

26hb Ogos 2009 – Utusan Malaysia, Pegerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz menyatakan bahawa Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang telah memberi jaminan kepada Peguam Negara untuk menyemak semula keputusan hukuman sebat ke atas Kartika selepas Aidilfitri ini. Penangguhan pelaksanaan hukuman sebat tersebut dibuat bagi menghormati kemuliaan Ramadhan.

30hb September 2009 – Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Saman berkata, Jabatan Penjara kini telah mempunyai Pegawai Sebat Rotan yang terlatih (sebatan Syariah) dan bersedia untuk melaksanakan tugas itu pada bila-bila masa. Hukuman tersebut akan dilaksanakan sebaik sahaja Jabatan Penjara memperolehi perintah daripada Mahkamah Syariah.

02hb Oktober 2009 – The Star, Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Negeri Pahang, Mohd Azhari Abdul Rahman memberitahu bahawa Yang Amat Arif Abdul Hamid Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie Negeri Pahang telah memutuskan bahawa hukuman denda dan sebatan ke atas Kartika seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan dikekalkan. Mohd Azhari juga memohon agar keputusan yang dibuat dihormati dan bersabar menunggu tarikh pelaksanaan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah

Bagi JAKIM, JKSM, Jabatan Penjara Malaysia, Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan ahli-ahli akedemik dari universiti tempatan mahupun institut kefahaman Islam, isu sebat ini bukanlah sesuatu yang baru ataupun mengejutkan. Ini kerana satu seminar Hukuman Sebat Jenayah Syariah anjuran Jakim telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Seminar yang berlangsung pada 23hb April 2009 itu dihadiri oleh semua Ketua Hakim Syarie negeri-negeri, wakil dari Jabatan Penjara, wakil dari unversiti-universiti tempatan, Institut kefahaman Islam dan wakil dari Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Objektif seminar ini bertujuan mengetengahkan semula hukuman sebat bagi kesalahan jenayah syariah yang pada masa ini agak jarang dilaksanakan walaupun terdapat peruntukkan di dalam undang-undang jenayah syariah bagi kesalahan tertentu. Keadaan ini telah mewujudkan persoalan di kalangan orang ramai termasuklah pengamal undang-undang mengenai kesesuaian hukuman ini dikekalkan di bawah undang-undang Syariah atau seharusnya dimansuhkan.

Persoalan ini terjawab apabila isu hukuman sebat ke atas Kartika timbul. Ternyata ia masih lagi relevan dalam konteks undang-undang jenayah syariah. Namun, pemahaman harus diberikan kepada semua golongan masyarakat agar ianya tidak keliru. Ini kerana berdasarkan respon orang ramai terhadap isu ini, ternyata masih ramai yang tersalah anggap mengenai perbezaan antara sebat sivil dan sebat syariah dengan mengatakan kedua-duanya adalah sama. Lebih hangat apabila penerima hukuman tersebut adalah seorang wanita, yang mana di bawah undang-undang sivil wanita tidak boleh menerima hukuman sebatan.

Maka semakin banyak persatuan-persatuan bukan kerajaan mahupun individu individu tertentu memberikan komen negatif berkaitan pelaksanaannya. Perbezaan Di Antara Sebat Syariah dan Sebat Sivil

Sebat Syariah

1. Tempat perlaksanaan hukuman sebat.
 (a) Mana-mana tempat yang telah di arahkan oleh mahkamah untuk hukuman sebat dilaksanakan.(Seksyen 125(3)(c) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

2. Saksi.
 (a) Di hadapan sekurangkurangnya empat lelaki muslim. (Kaedah-kaedah Hukuman Sebat 1987 Negeri Kelantan)

3.Masa pelaksanaan hukuman sebat.
 (a) Sebatan hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik.
 (b) Sekiranya rayuan dipohon sebatan hendaklah dikenakan dengan seberapa segera yang praktik selepas penerimaan perintah mahkamah rayuan yang mengesahkan hukuman tersebut.
(Seksyen 126(2) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

4. Rotan.
 (a) Dibuat sama ada daripada rotan atau ranting kecil.
 (b) tiada ruas atau buku.
 (c) tidak melebihi 1.22 meter panjang;
 (d) tidak melebihi 1.25 cm tebal;
(Seksyen 125(2) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

5. Bahagian anggota yang disebat.
 (a) Sebatan boleh dikenakan di mana-mana bahagian anggota kecuali muka, kepala, perut, dada dan bahagian-bahagian sulit.
(Seksyen 125(3)(g) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

6. Cara pukulan sebat.
 (a) Sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi paras bahu
 (b) Tidak mengakibatkan luka pada kulit pesalah
 (c) Selepas mengenakan satu sebatan, alat sebatan itu diangkat ke atas dan tidak boleh menariknya.
(Seksyen 125(3)(e)dan;(f) Akta Tidak dinyatakan Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

7. Pakaian.
 (a) Memakai pakaian yang menutup aurat bagi lelaki dan wanita
(Seksyen 125(3)(h) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

8. Kedudukan pesalah ketika sebat dilaksanakan.
 (a) Lelaki – sebatan di kenakan dalam keadaan berdiri.
 (b) Perempuan – sebatan dikenakan dalam keadaan duduk.
(Seksyen 125(3)(i) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)
 
9. Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan.
 (a) Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan Islam dilakukan sebelum hukuman dilaksanakan untuk memperakui bahawa kesihatan pesalah adalah dalam keadaan yang baik untuk menjalani hukuman.
(Seksyen 125(3)(a) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

10. Penangguhan hukuman sebat
 (a) Jika pesalah sedang hamil pelaksanaan hendaklah ditangguhkan sehingga 2 bulan selepas melahirkan.
 (b) Jika pesalah keguguran hendaklah ditangguhkan sehingga 2 bulan selepas keguguran.
(Seksyen 125(3)(b) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)
 (c) Jika pesalah telah disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak sihat untuk menjalani hukuman sebat, ianya hendaklah ditangguhkan sehingga disahkan sihat untuk menjalani hukuman.
(Seksyen 125(3)(a) & (j) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)
 (d) Jika pesalah membuat rayuan, hukuman sebat akan ditangguhkan sehingga rayuan selesai.
(Seksyen 126(1) & (2) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

11.Klausa Pengecualian.
 (a) Tiada pengecualian sebatan ke atas mana-mana kategori pesalah syariah

12. Pegawai sebat.
 (a) Seorang Islam yang adil dan matang
(Seksyen 125(3)(d) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan)

13. Baki hukuman sebatan yang dihentikan.
 (a) Hukuman sebatan adalah ditangguhkan sekiranya Pegawai Perubatan Islam Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan itu memperakui bahawa pesalah itu sihat tubuhnya untuk menjalani baki hukuman itu.
(Seksyen 125(3)(j) Akta Tatacara Jenayah Syariah Wilayah-wilayah Persekutuan)

Sebat Sivil
1. Tempat perlaksanaan hukuman sebat :
 (a) Tempat dan masa seperti yang di arahkan oleh Majistret. (Seksyen 286 Kanun Prosedur Jenayah)

2. Saksi.
 (a) Tidak dinyatakan.

3.Masa pelaksanaan hukuman sebat
 (a) Sebatan boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh tujuh hari daripada hukuman itu sekiranya hukuman sebat adalah hukuman tambahan kepada penjara.
 (b) Sebatan boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh empat belas hari sekiranya hukuman penjara sehingga empat belas hari dikenakan.
 (c) sekiranya rayuan atas hukuman dibuat, sebatan boleh dilaksanakan selepas perintah mahkamah rayuan menetapkan hukuman sebat itu.
(Seksyen 287 Kanun Prosedur Jenayah)

4. Rotan
 (a) Dewasa – tidak boleh lebih daripada 1.25 sentimeter garis pusat
 (b) Kanak-kanak – rotan yang halus dan ringan.
(Peraturan 131(5)(a)dan;(b) Peraturan- peraturan Penjara 2000)

5. Bahagian anggota yang disebat.
 (a) Hukuman sebat dikenakan pada punggung pesalah itu.
(Peraturan 131(4) Peraturan-peraturan Penjara 2000)

6. Cara pukulan sebat
 (a) Akta Tidak dinyatakan.

7. Pakaian.
 (a) Tidak memakai pakaian dan hanya ditutup dibahagian anggota sulit sahaja.

8. Kedudukan pesalah ketika sebat dilaksanakan.
 (a)  Di ikat di tripod dalam keadaan berdiri.

9. Pemeriksaan oleh Pegawai Perubatan.
 (a) Hukuman Sebat boleh dijalankan sekiranya Pegawai Perubatan memperakui bahawa pesalah adalah berkeadaan sihat.
(Seksyen 290(i) Kanun Prosedur Jenayah)

10. Penangguhan hukuman sebat.
 (a) Perempuan.
 (b) lelaki yang dijatuhkan hukuman mati.
 (c) lelaki yang diisytiharkan oleh mahkamah berumur lebih daripada 50 tahun
(Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah)

11.Klausa Pengecualian.
(a) Perempuan
(b) lelaki yang dijatuhkan hukuman mati
(c) lelaki yang diisytiharkan oleh mahkamah berumur lebih daripada 50 tahun
(Seksyen 289 Kanun Prosedur Jenayah)

12. Pegawai sebat
 (a) Pegawai Sebat Rotan akan dilantik oleh Komisioner Jeneral Penjara

13. Baki hukuman sebatan yang dihentikan
 (a) Jika sebahagian atau keseluruhan hukuman sebat tidak dapat dilaksanakan atas sebab-sebab kesihatan, maka ia akan dirujuk kepada mahkamah.
(Seksyen 290 (2) dan 291(1) Kanun Prosedur Jenayah)

Berdasarkan jadual di atas, melainkan istilah ‘sebatan’ dan kata perbuatan yang digunakan adalah sama, tidak terdapat sebarang persamaan antara sebat syariah dan sebat sivil. Ini sangat jelas kerana motif dan tujuan asal hukuman sebat Syariah bukanlah untuk menyiksa penerima hukuman seperti sebat Sivil. Tetapi bertujuan sebagai pengajaran dan menjadi contoh teladan kepada masyarakat.

Perspektif Antarabangsa

Mungkin ramai yang tidak tahu mengenai keanggotaan Malaysia di dalam Convention on the Elimination of All Form of Discrimination Against Women (CEDAW) sejak tahun 1995. Di kenali sebagai ‘International Bill of Rights for Women’, konvensyen yang dianggotai oleh lebih dari 180 negara itu memberi penekanan terhadap perlindungan dan kesaksamaan hak wanita di dalam perundangan, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan di dalam negara-negara anggotanya. Hingga kini, meskipun Malaysia masih belum membuat sebarang deklarasi ataupun masih lagi di peringkat “reservation” dalam menandatangani konvensyen ini, prinsip kesaksamaan hak wanita di dalam negara ini tetap tidak tergugat. Yang nyata, perundangan syariah di negara ini sama sekali tidak membelakangi prinsip tersebut apabila hukuman sebat syariah dijatuhkan ke atas Kartika adalah sama seperti kes-kes sebelumnya tanpa mengira jantina.
Dari perspektif domestik, tidak dinafikan terlalu banyak respon berbau negatif dari sesetengah pihak mahupun individu berkaitan isu ini. Namun, harus difahami dan diingati sebaiknya bahawa kekurangan ilmu pengetahuan di dalam sesuatu bidang menjadi faktor fitnah di dalam berkata-kata jika tidak kena pada tempatnya. Yang pasti, pihak yang bertanggungjawab telah memberi penjelasan sebaik mungkin mengenai isu ini dan telah melaksanakan perundangan Islam tanpa membelakangi prinsip-prinsip demokrasi dan Pelembagaan negara kita. Selebihnya adalah bergantung kepada penerimaan masyarakat di dalam pelaksanaan hukuman tersebut. Yang pasti, perbezaan pendapat sama sekali tidak menghalalkan perpecahan di dalam masyarakat dan menjejaskan perpaduan negara terutama apabila melibatkan pihak-pihak seagama dan sebangsa.

Di arena antarabangsa pula, negara kita menjadi perhatian dunia dan di pandang tinggi dari pelbagai aspek. Seorang pelancong dari Emiriyah Arab Bersatu yang ditemui penulis menyatakan dengan bangganya bahawa Malaysia merupakan negara yang dipandang tinggi oleh negara-negara Arab sebagai negara Islam terkehadapan. Keindahan alam semulajadi, perpaduan berbilang bangsa dan agama, pelaksanaan dwi perundangan dan pertumbuhan rancak ekonomi sebagai “The miracle of South-East Asia” menjadi identiti negara ini di kaca mata mereka.

Konklusi

Umumnya, apa saja langkah yang kita ambil dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Islam yang akan menjenamakan negara di mata dunia, samada sebagai sebuah negara Islam yang menerapkan nilai-nilai Islam semata seperti Turki, Syria dan Maghribi atau menjurus kepada perlaksanaan teras hukum syarak, seperti Afghanistan (sebelum diserang oleh Amerika Syarikat dan sekutunya); ataupun sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai haluan dan pengisian tersendiri, namun tidak lari dari batas-batas asal hukum syarak. Semoga Allah bersama kita!

Antara Rezeki dan Api Neraka

Jangan kerana rezeki masuk Neraka!

Mereka yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezeki dengan berhati-hati. Apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya mungkin.. Ini kerana rezeki HARAM akan ragut ketenangan.
Suatu kisah dimana seorang ibu yang mengeluh tentang kelakuan buruk anaknya yang suka mencuri. “Hari-hari ada sahaja barang orang lain dicurinya, hari ni pensil esok pemadam… puas saya nasihatnya tapi tak juga berkesan. Saya sudah ambil pensil, pemadam di pejabat saya bekerja, saya berikan kepadanya, namun tetap juga ia mencuri..”
Contoh lain : “Seorang yang mencuri ayam menyembelih ayam untuk dimakan”
Mungkin sesetengah pihak anggap tidak logik mengaitkan sumber rezeki dengan perilaku manusia pada hari ini. Rasulullah sebut hal ini menerusi sabdanya : “Sesungguhnya daging yang dibesarkan dengan sumber yang haram, maka nerakalah yang lebih utama baginya” (Riwayat at-Tabrani).

Ini bermaksud hasil yang haram adalah kotor sekaligus menyebabkan jiwa kita kotor dan syaitan yang sukakan kekotoran ini akan memesongkan hati kita dari kebaikan kearah kejahatan.

Menyedari hakikat beberapa contoh sahabat dan orang alim terdahulu dapat kita jadikan iktibar. Antaranya ialah:
1. Saidina Abu Bakar pernah memuntahkan semula susu yang diminumnya apabila mengetahui sumber wang untuk membeli susu itu hasil kerja bertenung nasib (judi).
2. Umar Ibn Aziz korek semula epal sedekah untuk rakyat yang sedang dikunyah oleh anaknya.
3. Begitu juga dengan kisah ayah kepada syeikh Abdul Qadir Al-Jailani yang rela menghambakan diri kepada tuan lading hanya kerana termakan sebiji buah epal yang hanyut dalam sungai dari ladang tersebut.
4. Imam As-Syafie yang berhenti makan daging kambing setelah menyedari ada kambing zakat yang terlepas dan bercampur dengan kambing biasa.

Persoalan?? Adakah kita patuh kepada syariat disebabkan faktor iman atau adat semata-mata?? Kadang-kadang kita hanya mementingkan soal zat rezeki itu sama ada halal atau haram tapi kita kurang prihatin dari mana datang sumbernya seperti kisah pencuri ayam diatas. Kita lupa dosa mencuri lebih besar dari makan ayam yang tak disembelih.

Ramai yang menganggap selagi tidak ditangkap, dihukum, dibuang kerja, maka ia tidak salah. Tapi ramai antara kita yang sering lupa atau sengaja buat-buat lupa bahawa setiapa perkara yang haram itu berdosa.. Kita mungkin terlepas dari hukuman dunia tapi hukuman Allah di Akhirat tidak mungkin akan terlepas.

Orang yang benar-benar beriman akan menjaga sumber rezekinya dengan berhati-hati, apa lagi dengan yang haram, yang syubhat pun dijauhi sedaya mungkin. Bahkan orang sangat hampir dengan Allah, yang halal itu pun masih ditangani dengan berhati-hati kerana bimbang akan membazir, menimbulkan fitnah atau perkara yang sia-sia. Mereka takut dan bimbang kerana “halalnya akan dihisab manakala yang haramnya pula akan diazab.”

Fenomena Hari Ini wang RASUAH ditukar istilahnya menjadi “duit kopi”, wang RIBA jadi “Bunga” terasa cantik dan terhormat mungkin.. Hari orang melayu Islam terutamanya sangat anti dengan perkataan “BABI” haram!!! Tapi benarkah mereka membenci atas dasar iman dan patuh kepada larangan Allah?? Persoalan ini timbul sebab ada perkara haram lain yang tidak dipandang sejijik babi. Misalnya, kita dapati ramai orang melayu yang tergamak makan rasuah yang hakikatnya LEBIH JIJIK dan LEBIH BESAR DOSAnya berbanding makan babi…

Rasuah kerap berlaku bukan kerana “kekurangan” tapi kerana “nak lebih”. Tawaran selalu datang begitu menggiurkan tetapi iman akan menjadi neraca penimbang untuk membezakan yang halal dan yang haram.”
Perlu kita ingat, perilaku kejahatan dan perlakuan haram itu bukan sahaja akan dibalas diakhirat bahkan didunia lagi kita akan menerima bahanaya. Ini kerana ia akan memberi kesan langsung kepada pembentukan peribadi kita, ahli kelurga dan generasi kita. Akibat rezeki haram yang kita berikan, diri kita, isteri serta anak-anak akan cenderung untuk melakukan kejahatan. Isteri mungkin curang dan anak-anak mungkin susah diatur dan derhaka.

Cuba kita renungkan sekiranya seorang sehebat Syeikh Abdul Qadir Berjaya dilahirkan hasil rezeki yang dijaga ibu bapanya, maka perkara sebaliknya boleh berlaku apabila diberi sumber rezeki yang haram seperti gejala sosial yang dapat kita lihat hari ini seperti zina, rempit, buang anak dan sebagainya.

Apakah perasuah rela menggadai akhlak anaknya hanya dengan ribuan ringgit?? Atau si pemakan riba tega mempertaruhkan kesetiaan isterinya dengan keuntungan berjuta?? “anak isteri dan suami adalah harta yang paling berharga buat seorang individu. Walau sejahat manapun individu tersebut, namun ia tetap inginkan anak, isteri atau suami yang baik. Ini Fitrah manusia. Melawan fitrah ertinya melawan diri, orang yang melawan diri hidupnya pasti tidak akan tenang.”

Antara kesan buruk dari rezeki yang haram :
1. Tidak rasa keinginan untuk beribadat kepada Allah, apabila ibadat ditinggalkan maka manusia telah terpesong dari fitrah penciptaan manusia, maka ketika itu mereka tidak lagi segan silu melkukan maksiat.
2. Akan hilang rasa ihsan dalam jiwa mereka sehingga sanggup mengambil hak orang lain (rasuah).
3. Pembangunan ekonomi jadi rapuh kerana masing-masing mengintai cara nak kaut keuntungan.
4. Lahirnya banyak generasi yang tidak dapat bezakan antara yang baik atau salah. Ini memudahkan mereka terjebak dengan perbuatan yang tidak bermoral.

Bagaimana nak usha atasi keadaan ini??
1. Tiada jalan selamat selain jalan yang telah ditetapkan oleh Allah. Ikut buku panduan yang telah diberikan kepada kita (AL-Quran & Hadis).

Tanda - Tanda Kematian

KEMATIAN

Adapun tanda-tanda kematian menurut ulama adalah benar dan wujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.
Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali, cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya, iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut.

Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan untuk kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
# Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
# Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan.
# Tandanya apabila orang sakit yang tidak berselera nak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
# Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
# Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi.
# Bagi orang yang sakit pula, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar.
# Kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
# Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Islamic Collection


Mohd Ridzuan