Tauhid atau akidah adalah ilmu asas yang paling awal wajib diajarkan kepada anak-anak bertujuan untuk memperkenalkan Allah menerusi penciptaan-Nya, nama dan sifat-sifat kesempurnaan-Nya. Apabila telah kenal Allah mudah-mudahan dapat menimbulkan rasa malu, takut, sayang, harap, kehambaan, rindu dan lain-lain kepada Allah yang akan membantu mempengaruhi tindakannya dengan tindakan orang takut kepada Allah.
“Tak Kenal Maka Tak Cinta”
Jika seorang anak itu benar-benar kenal Allah, maka sudah pasti dia akan cintakan Allah, bila sudah cintakan Allah, pasti akan lahir dengan sendirinya perbuatan yang selaras dengan rasa cintanya itu.
PERSOALANNYA???
Kita bertanya “ Mengapa anak saya yang sudah hafal semua 99 nama Allah, sifat-sifat Allah, kenal bahawa tuhannya bernama Allah tetapi tauhidnya seolah-olah tidak langsung memberi peranan dalam kehidupannya??”
Antara sebab-sebab itu adalah :-1. Tidak manfaatkan Usia Muda yang Paling Optimum (8bulan-8tahun)
# Sesetengah pendapat, sejak dari alam rahim ibu lagi.
# Waktu ini, fitrah anak sungguh bersih, ditambah pula fikiran, perasaan dan jiwanya yang mula berkembang.
# Gunakan sepenuhnya untuk perkenalkan Allah secara mudah, santai dan berterusan.
# Hujah akal kurang diperlukan, hanya perlu beritahu, perkenalkan, dan menyakinkan. Ini kerana anak pada usia begini selalunya menerima sahaja input yang diberikan kepada mereka.
# Usia ini selalu diabaikan ibu bapa dengan alasan “Biarlah…mereka tidak tahu apa-apa, mereka masih kecil lagi.” Hakikatnya, usia itulah mereka sangat bersedia untuk dicorakkan.
2. Tidak manfaatkan Unsur Alam Bagi Memperkenalkan Tuhan
# Alam bukan sahaja membuktikan Allah itu ada tapi juga membuktikan Allah Maha Berkuasa.
# Selau fikirkan bagaimana hendak diperlihatkan dan dirasakan kepada anak-anak itu akan kebesaran dan keperkasaan Allah menerusi penciptaan alam ini? Contohnya : tunjukkan dulu akan kebesaran dan kehebatan alam, kemudian terangkan betapa sukarnya kita untuk menggerakkannya…maka tentulah Allah yang mengatur ala mini lebih hebat dan berkuasa…
# Sejarah pencarian Tuhan oleh Nabi Ibrahim juga dengan melihat kebesaran alam.
# Selagi anak tidak Nampak kebesaran alam, selagi itu sukar baginya untuk merasa kebesaran Allah.
# Bawa anak dekat dengan alam, kemudian tarik dirinya untuk mengenal Allah yang mencipta alam.
# Jadikanlah alam ini sebagai latar atau alat untuk memperkenalkan anak akan tuhannya.
0 comments:
Post a Comment