Peristiwa Yang Terjadi Sempena 10 Muharram
- Setelah menyesali kesalahannya mengingkari larangan Allah semasa disyurga dengan memakan buah larangan. Baginda menangis selama ratusan tahun menyesali kesalahannya. Menurut beberapa keterangan, Allah mengampuni dosa Nabi Adam a.s. pada hari jumaat 10 Muharram.
- Baginda terkenal dengan orang yang sangat rajin dan tekuh beribadah. ia berpuasa terus menerus sehingga malaikat maut sangat tertarik berkenalan dengannya. Dengan izin Allah, malaikat maut menjadi tetamu selama 4 hari sebelum menaku dirinya malaikat maut. Kemudian Nabi Idris minta nyawanya dicabut untuk mengetahui kesakitan kematian untuk lebih taat kepada Allah. Kemudian meminta dibawa ziarah ke neraka dan syurga. Kemudian baginda tidak ingin pulang semula lagi kedunia. Kekallah baginda disyurga. Peristiwa ini juga berlaku pada 10 Muharram.

4. Nabi Ibrahim as diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.

- Pada waktu penduduk Niwana telah ingkar kepada seruannya, Nabi Yunus memohon Allah menurunkan seksaan kepada mereka. kemudian Allah menurunkan wahyu bahawa akan di turunkan azab kepada mereka. Baginda, isteri serta pengikut yang beriman keluar meninggalkan kaumnya yang ingkar dan menjanjikan akan datangnya azab Allah setelah 3 hari dari peringatannya. Baginda mengajak pengikutnya berangkat kesebuah gunung untuk menyaksikan azab Allah kepada kaumnya dari kejauhan sehingga akhirnya kaumnya bertaubat dan Allah pun menghilangkan azab tersebut dari mereka. Ketika Baginda azab Allah dah berakhir, datang Iblis membisikkan keraguan bahawa kaumnya akan kembali mendustakannya. Mendengar bisikan tersebut Baginda membawa rasa marah hingga ketepi sungai Tigris. baginda tumpang sebuah bahtera. Ketika dalam pelayaran, bahtera tersebut tiba tiba terhenti dan bergoyang, Baginda mengaku bahawa Baginda lari dari Allah dan kapal tersebut tidak akan tenang selagi tidak membuang orang tersebut ke dalam sungai. Semua penumpang telah kenal Nabi Yunus dan tidak mahu melemparnya ke sungai dan akhirnya semua (3kali) menunjukkan bahawa Nabi Yunus yang perlu dibuang ke sungai. Beberapa tempat yang ingin dibuangnya Nabi Yunus diubah berikutan seekor ikan yang tersedia menunggunya disungai tersebut. Namun akhirnya Nabi Yunus akur dibuang walau ke mulut ikan yang sedia menunggu kerana sedar pada ketika tidak ada keselamatan kecuali dari Allah. Setelah beberapa bulan berada dalam perut ikan akhirnya taubat Nabi Yunus diterima di Allah memerintahkan ikan nun mengeluarkan Nabi Yunus. Peristiwa selamatnya Nabi Yunus dari perut ikan berlaku pada 10 Muharram.
6. Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh Allah
- Suatu hari ketika Nabi Daud a.s. berehat, Baginda melihat seekor burung yang sangat cantik dan berusaha menangkapnya untuk dihadiahkan kepada anaknya yang masih kecil. Burung itu semakin jauh menghindarinya dan Baginda terus mengejarnya ssehingga burung itu masuk ke sebuah lubang lalu Nabi Daud turut masuk kelubang tersebut. tiba-tiba Baginda terlihat seorang wanita sedang mandi dan Baginda sangat tertarik kepadanya. setelah pulang Baginda mengutuskan seseorang untuk menyelidiki wanita tersebut. Setelah mengetahui gerangan wanita tersebut, utusan tersebut kembali dengan khabarnya mengatakan bahawa wanita itu ialah Tasyasyu' puteri Hanan sedang suaminya bernama Uriya bin Sura yang saat itu berada di Balqa', rumah saudaranya iaitu anak saudara Nabi Daud a.s. Baginda kemudian mengutus surat kepada anak saudaranya meminta Uriya bergabung dengan barisan depan dalam peperangan.(biasanya barisan depan akan pulang dengan kemenangan atau syahid). Kemudian anak saudaranya mengutuskan surat kepada Nabi Daud a.s. mengatakan bahawa Uriya telah syahid dalam peperangan. setelah tamat tempoh iddah, Nabi Daud mengutuskan seseorang untuk meminang Tasyasyu'. Maka akhirnya Baginda berjaya berkahwin dengan Tasyasyu'. Berikutan persitiwa itu, 2 malaikat menyerupai 2 orang pemuda datang memberi peringatan kepadanya. Baginda yang sesal terus menundukkan diri dan bersujud selama 40 hari, tidak pernah mengangkat kepalanya kecuali untuk keperluan makan minum hariannya dan selepas itu ia sujud kembali. Pengampunan Allah terhadap kesalahan Nabi Daud a.s ini bertepatan pada hari ke 10 bulan Muharram.
7. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara.

- Peristiwa Nabi Ya'kub menjadi buta bermula ketika puteranya Nabi Yusuf a.s. telah dimasukkan kedalam sebuah perigi oleh saudaranya yang iri hati dengan apa yang dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s. Disebabkan peristiwa itu, Nabi Ya'kub berasa sangat sedih hati dan banyak menangis sehingga matanya menjadi rabun. Matanya menjadi terang kembali setelah baju gamis Nabi Yusuf diletakkan kemukanya, setelah mereka terpisah bertahun-tahun lamanya. Pulihnya penglihatan Nabi Ya'kub dikatakan berlaku pada 10 Muharram.
9. Nabi Ayub disihatkan dari penyakit kulit.

- Firaun yang mengatakan bahawa Nabi Musa a.s itu adalah tukang sihir mencabar Nabi Musa melawan ahli-ahli sihirnya yang terhebat. Namun mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Musa telah menelan semua ular sihir tersebut sehingga membuatkan semua tukang sihir itu tersungkur dan bersujud seraya mengaku beriman dengan tuhan Musa dan Harun. Melihat keadaan itu, Firaun bertambah marah dan mengancam akan menyalib serta memotong kaki dan tangan mereka secara bersilang. tidak lama selepas peritiwa itu, Nabi Musa menerima perintah Allah untuk segera meninggalkan Mesir sedangkan firaun dan pasukannya mengejar dari belakang. Setibanya Nabi Musa di Laut Merah, laut itu terbelah dua dan melapangkan jalannya bagi Nabi Musa dan pengikutnya. Setelah sampai di daratan, laut itu bercantum kembali dan menenggelamkan firaun dan tenteranya. Peristiwa ini juga terjadi pada 10 Muharram.
AMAL IBADAH YANG DIANJURKAN PADA BULAN MUHARRAM
1. PUASA SUNAT MUHARRAM
- Seutama utama puasa selepas puasa Ramadhan ialah pada bulan Allah (Muharram) ~HR.Muslim
- Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu. ~HR.Muslim
- Berpuasa 1 hari dari bulan Muharram, maka baginya setiap hari 30 kebajikan. ~HR.Tabrani.
- Imam Syafi'e dalam kitabnya (Al-Umm) sunnah hukumnya berpuasa pada hari itu, iaitu 9,10 dan 11 Muharram.
2. BERSEDEKAH.
- Riwayat menyebut; sesiapa bersedekah pada hari itu ibarat tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya.
3. MANDI SUNAT.
- Barangsiapa yang mandi sunat diniatkan mandi menyambut 10 Muharram nescaya tidak akan terkena sakit pada tahun itu kecuali mati.
4. MENYANTUNI ANAK YATIM DAN ZIARAH ORANG SAKIT.
- Sesiapa menyantuni iaitu menyapu kepala anak yatim pada hari Ayura, seolah olah ia menyantuni seluruh anak yatim dimuka bumi dan barangsiapa menziarahi orang sakit pada hari itu seolah-olah ia melihat seluruh orang sakit.
5. MENGERJAKAN SOLAT SUNAT MUHARRAM.
- Abu Bakar bin Muhammad Syatha Ad-Dimyati (I'anatuth Thalibin); sesiapa kerjakan solat sunat 10 Muharram nescaya akan diampuni oleh Allah segala dosanya dalam jangka waktu 50 tahun.
6. MEMBACA DOA AWAL TAHUN.
0 comments:
Post a Comment