TULISAN ASAL PENULIS BLOG UNTUK BERKONGSI ILMU,SEBARANG KOMEN DIALU-ALUKAN
HUBUNGI | AGAMA | GAMAT ONLINE | LANGKAWI TOUR| IKLAN1-KOSONG | IKLAN2-KOSONG |

29 December, 2010

Maryam Wanita Yang DiMuliakan Allah

"Dan ketika malaikat-malaikat berkata; wahai Maryam, Allah s.w.t telah memilihmu dan membersihkanmu dan dia memilih kamu diatas semua perempuan di semua alam." - Surah Al-Imran : 42

Kehidupan Maryam yang penuh dugaan dengan lahirnya tanpa pernah mendapat belaian kasih sayang dari ibu dan ayah.. ibu dan ayahnya Imran telah mencuba pelbagai cara bagi memperoleh anak namun masih gagal, ibunya yang telah tua dan masih belum mempunyai anak ketika itu terus beribadat, berdoa dan bernazar sekiranya dikurniakan seorang anak, maka anak tersebut akan dihantar ke rumah ibadat di Baitulmaqdis untuk menjaga dan memelihara rumah ibadat tersebut. Kemudian Allah maqbulkan permahonannya. Sebelum Maryam dilahirkan,ayahnya meninggal dunia. Setelah Maryam dilahirkan, ibunya menunaikan janjinya dengan Allah dan menghantar Maryam ke BaitulMaqdis.

Ramai yang berebut untuk menjaganya sehingga undian terpaksa dibuat dan undian tersebut memihak kepada bapa saudaranya, Nabi Zakaria a.s. Nabi Zakaria bertindak menjauhkan Maryam dari orang ramai yang datang menjenguknya dengan menempatkannya diloteng atas yang tinggi yang tidak boleh dinaiki melainkan menggunakan tangga. Nabi Zakaria menjaganya seperti anak kandungnya sendiri kerana baginda sendiri tidak mempunyai anak. Lama-kelamaan rasa sayang Nabi Zakaria terus meningkat hingga timbul perasaan hormat dan kagum terutama apabila terjadi peristiwa yang menunjukkan Maryam bukan gadis biasa tetapi wanita pilihan Allah yang akan mempunyai kedudukan dan peranan besar dikemudian hari.

Takkala Nabi Zakaria datang menjenguk Maryam, beliau sedang solat dan dihadapan tempat sujud Maryam terdapat pelbagai buah-buahan musim panas sedangkan waktu itu musim dingin. Dan dalam pengetahuannya, tiada siapa yang mengunjungi Maryam selain darinya. Selesai solat Nabi Zakaria bertanya hal tersebut kepada Maryam dan Maryam menjawab "Ini pemberian Allah kepada aku tanpa aku berusaha atau minta.Mengapa engkau berasa hairan?Bukankan Allah berkuasa memberikan rezekinya kepada sesiapa yang dikehendaki dalam bilangan yang tidak ternilai besarnya."

IBU KEPADA NABI ISA A.S

Suatu hari sedang Maryam menyendiri datang malaikat menyerupai manusia memberikan khabar dari Allah kepadanya bahawa beliau akan dikurniakan seorang anak sedangkan Maryam belum pernah disentuh oleh seorang manusia pun dan beliau bukan penzina. "Apabila Allah menghendaki sesuatu itu terjadi maka jadilah ia". Ketika itu Maryam bimbang masyarakat akan mencercanya sebagai perempuan keji lagi hina dan memohon Allah berikan kekuatan untuknya menghadapi situasi tersebut. Maryam kemudianya membuat keputusan untuk pulang ke kampung halamannya di An-Nashirah. Sedang dalam perjalanan, beliau berhenti rehat dibawah sepohon pokok kurma disebuah padang pasir yang ketandusan. Ketika itu terdapat tanda untuk melahirkan bayi. Sebaik bayi itu lahir, beliau menamakannya Isa. Dengan linangan air mata beliau sedih memikirkan melahirkan bayi tanpa seorang suami.

MAKAN dan MINUM DARI ALLAH
Ketika saat itu beliau terasa amat lapar dan dahaga tetapi tiada apa yang boleh dimakan atau diminum. Tiba-tiba terdengar suatu suara memintanya minum dari air yang mengalir dibawah tapak kaki dan dapatkan makanan buah kurma hanya dengan menggoyangkan pohonnya. Kemudian suara tersebut memintanya pulang ke kampung halaman dan jika sesiapa bertanya tentangnya, maka jawablah ia sedang bernazar puasa dan tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.

MUKJIZAT ISA SEMASA BAYI

Seperti diduga ramai terkejut melihat perempuan yang belum berkahwin mempunya anak dan mula memandang serong kepadanya. Tak kurang juga yang menfitnahnya merosakkan nama baik keluarganya yang terkenal dengan golongan orang yang beriman. Ia juga telah membuatkan keluarganya malu dan rasa terhina. Maryam memberitahu dengan bahasa isyarat bahawa ia sedang bernazar puasa dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Beliau menuding kearah Isa yang berada dalam buaian dan tiba-tiba sesuatu yang mengejutkan berlaku. Isa yang masih bayi bercakap "Aku adalah hamba Allah. Dia memberiku kitab Injil dan menjadikanku seorang nabi. Aku sentiasa diberkati dan Aku diperintahkan mendirikan solat, menunaikan zakat selagi masih hidup. Aku akan berbakti kepada ibuku dan aku bukanlah orang yang sombong. Moga aku sejahtera dari hari Aku dilahirkan, ketika meninggal dan ketika dibangkitkan semula." Maka tersebarlah berita bayi bercakap tersebut dan keluarga Maryam dan masyarakat tidak lagi memandang hina kepadanya dan kembali menghormati Maryam dan anaknya.

KEMATIAN MARYAM

Nabi Isa dan ibunya kemudian pergi ke sebuah pergunungan di Lebanon dan tinggal disana. Mereka berpuasa disiang hari dan beribadat di malam hari. Makanan mereka terdiri dari pohon kayu dan air hujan. Ketika Nabi Isa turun dari gunung mencari makanan, malaikat maut telah datang menjemput ibunya Maryam. Maryam meinta agar dilewatkan sikit agar sempat bertemu anaknya Isa namun ajal bila tiba tidak mungkin dilewat atau diawalkan walau sesaat pun. Disaat Nabi Isa pulang membawa bekalan berbuka, dilhatnya Maryam sedang ditempat solat dan menyangka sedang solat. Beliau letakkan bekalan berbuka disisi ibunya dan ianya tidak terusik sehingga sepertiga malam. Takkala fajar menjelma, ibunya masih lagi belum bangun, Nabi Isa meletakkan pipinya pada pipi ibunya lalu menciumnya sambil menangis dan berkata "Ummi, malam telah berlalu, kini fajar telah menjelma, ini adalah masa menunaikan solat fardhu yang diwajibkan Allah s.w.t". Mendengar kata tersebut seluruh malaikat dan jin menangis dan bergoncanglah gunung dibawahnya. Melihat keadaan tersebut Allah perintahkan malaikat khabarkan kepada Isa bahawa ibunya telah meninggal dunia dan Allah telah melipat gandakan pahalanya.

BIDADARI SYURGA MANDIKAN JENAZAHNYA
Nabi Isa kemudiannya turun ke desa tempat tinggal bani Israel dan meminta tolong untuk menguruskan jenazah ibunya namu mereka menoloknya kerana takut pada ular-ular besar yang ada dipergunungan tersebut. Dengan rasa hampa, Nabi Isa kembali semula kegunung dan melihat dua pemuda kacak dan memberi salam serta meminta pertolongan mereka menguruskan jenazah ibunya. Berkata salah seorang dari mereka ; Aku sebenarnya mikail dan sahabatku ini adalah jibril. Aku ada membawa perlatan jenazah dan kain kafan dari Tuhanmu dan bidadari jelita sekarang sedang turun dari syurga untuk memandikan dan mengkafankan ibumu.

19 December, 2010

EMPAT GOLONGAN LELAKI KE NERAKA...Mashaallah..Nauzubillah min zalik...!

Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:-' Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah tidah ternilai...

ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga kecuali yang enggan memasukinya....janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.

Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab.
AMIN YARABBALALAMIN

15 December, 2010

Rahsia Muharram

Peristiwa Yang Terjadi Sempena 10 Muharram

1. Taubat Nabi Adam a.s. diterima oleh Allah SWT
- Setelah menyesali kesalahannya mengingkari larangan Allah semasa disyurga dengan memakan buah larangan. Baginda menangis selama ratusan tahun menyesali kesalahannya. Menurut beberapa keterangan, Allah mengampuni dosa Nabi Adam a.s. pada hari jumaat 10 Muharram.

2. Nabi Idris a.s diangkat ke Syurga.
- Baginda terkenal dengan orang yang sangat rajin dan tekuh beribadah. ia berpuasa terus menerus sehingga malaikat maut sangat tertarik berkenalan dengannya. Dengan izin Allah, malaikat maut menjadi tetamu selama 4 hari sebelum menaku dirinya malaikat maut. Kemudian Nabi Idris minta nyawanya dicabut untuk mengetahui kesakitan kematian untuk lebih taat kepada Allah. Kemudian meminta dibawa ziarah ke neraka dan syurga. Kemudian baginda tidak ingin pulang semula lagi kedunia. Kekallah baginda disyurga. Peristiwa ini juga berlaku pada 10 Muharram.

3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan dalam pelayarannya.
- Dalam usianya 950 tahun, ia hanya berhasil membawa 80 orang beriman kepada Allah swt. Baginda terus mendapat tentangan dan penganiyaan dari kaumnya hinggalah suatu hari Isterinya yang menyaksikan penyeksaan terhadapnya meminta supaya menghentikna penyeksaan tersebut dengan mengatakan suaminya (Nabi Nuh) itu gila. Ucapan ini sangat melukai hatinya dan Baginda memohon petunjuk dari Allah dan setelah menyerahkan diri kepada Allah, malaikat Jibril pun datang dengan arahan dari Allah meminta Baginda membina kapal kerana orang-orang zalim akan ditenggelamkan (surah hud :37). Setelah itu berlaku banjir besar dan Baginda belayar selama enam bulan lamanya sehinggalah akhirnya air beransur surut dan bahtera Nabi Nuh berlabuh dengan selamat disebuah bukit bernama Judi pada 10 Muharram.

4. Nabi Ibrahim as diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
- Ahli nujum yang berpendapat bahawa akan lahir seorang anak lelaki yang bakal menggantikan Namrud yang sangat berkuasa ketika itu. Menyedari kedudukannya akan reancam, Namrud mengeluarkan peraturan yang melarang semua lelaki melakukan hubungan dengan perempuan atau isteri dan peraturan ini dikawal ketat pengawal kerajaan. Tetapi dengan izin Allah, Azar ayah Nabi Ibrahim yang bertugas sebagai salah seorang pengawal Namrud berhasil melakukan hubungan dengan isterinya didalam istana. Hasilnya isteri Azar hamil, setelah tiba waktunya Nabi Ibrahim dilahirkan disebuah gua yang terletak jauh dari istana Namrud dan ibu Nabi Ibrahim berulang ke gua untuk menyusukannya hampir setiap hari. Ketika berumur 5 tahun Baginda sudah mula bertanya tentang tuhan kepada ibunya. Ibu dan bapanya mengatakan Namrud adalah tuhan mereka tetapi telah disangkal Nabi Ibarahim. Kemudian Baginda mendapat perintah berdakwah kepada kaumnya tetapi mereka menentangnya. Nabi Ibrahim bertekad menghancurkan berhala sembahan mereka itu. Kebetulan suatu hari semua penduduk pergi kesebuah perayaan disuatu tempat, peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh Nabi Ibrahim as. Namun perbuatannya dilihat oleh seorang penjaga rumah berhala tersebut dan melaporkan kepada Namrud. Namrud menganggap Nabi Ibrahim telah melampaui batas dan memerintahkan membakar Nabi Ibrahim a.s. hidup-hidup. Ketika perintah itu dilaksanakan, Allah memelihara Nabi Ibrahim sehingga sehelai bulu romanya pun tidak terbakar. Peritiwa selamatnya Nabi Ibrahim dari bakaran Namrud juga pada 10 Muharram.

5. Nabi Yunus a.s. dikeluarkan dari perut Ikan Nun.
- Pada waktu penduduk Niwana telah ingkar kepada seruannya, Nabi Yunus memohon Allah menurunkan seksaan kepada mereka. kemudian Allah menurunkan wahyu bahawa akan di turunkan azab kepada mereka. Baginda, isteri serta pengikut yang beriman keluar meninggalkan kaumnya yang ingkar dan menjanjikan akan datangnya azab Allah setelah 3 hari dari peringatannya. Baginda mengajak pengikutnya berangkat kesebuah gunung untuk menyaksikan azab Allah kepada kaumnya dari kejauhan sehingga akhirnya kaumnya bertaubat dan Allah pun menghilangkan azab tersebut dari mereka. Ketika Baginda azab Allah dah berakhir, datang Iblis membisikkan keraguan bahawa kaumnya akan kembali mendustakannya. Mendengar bisikan tersebut Baginda membawa rasa marah hingga ketepi sungai Tigris. baginda tumpang sebuah bahtera. Ketika dalam pelayaran, bahtera tersebut tiba tiba terhenti dan bergoyang, Baginda mengaku bahawa Baginda lari dari Allah dan kapal tersebut tidak akan tenang selagi tidak membuang orang tersebut ke dalam sungai. Semua penumpang telah kenal Nabi Yunus dan tidak mahu melemparnya ke sungai dan akhirnya semua (3kali) menunjukkan bahawa Nabi Yunus yang perlu dibuang ke sungai. Beberapa tempat yang ingin dibuangnya Nabi Yunus diubah berikutan seekor ikan yang tersedia menunggunya disungai tersebut. Namun akhirnya Nabi Yunus akur dibuang walau ke mulut ikan yang sedia menunggu kerana sedar pada ketika tidak ada keselamatan kecuali dari Allah. Setelah beberapa bulan berada dalam perut ikan akhirnya taubat Nabi Yunus diterima di Allah memerintahkan ikan nun mengeluarkan Nabi Yunus. Peristiwa selamatnya Nabi Yunus dari perut ikan berlaku pada 10 Muharram.

6. Kesalahan Nabi Daud a.s diampuni oleh Allah
- Suatu hari ketika Nabi Daud a.s. berehat, Baginda melihat seekor burung yang sangat cantik dan berusaha menangkapnya untuk dihadiahkan kepada anaknya yang masih kecil. Burung itu semakin jauh menghindarinya dan Baginda terus mengejarnya ssehingga burung itu masuk ke sebuah lubang lalu Nabi Daud turut masuk kelubang tersebut. tiba-tiba Baginda terlihat seorang wanita sedang mandi dan Baginda sangat tertarik kepadanya. setelah pulang Baginda mengutuskan seseorang untuk menyelidiki wanita tersebut. Setelah mengetahui gerangan wanita tersebut, utusan tersebut kembali dengan khabarnya mengatakan bahawa wanita itu ialah Tasyasyu' puteri Hanan sedang suaminya bernama Uriya bin Sura yang saat itu berada di Balqa', rumah saudaranya iaitu anak saudara Nabi Daud a.s. Baginda kemudian mengutus surat kepada anak saudaranya meminta Uriya bergabung dengan barisan depan dalam peperangan.(biasanya barisan depan akan pulang dengan kemenangan atau syahid). Kemudian anak saudaranya mengutuskan surat kepada Nabi Daud a.s. mengatakan bahawa Uriya telah syahid dalam peperangan. setelah tamat tempoh iddah, Nabi Daud mengutuskan seseorang untuk meminang Tasyasyu'. Maka akhirnya Baginda berjaya berkahwin dengan Tasyasyu'. Berikutan persitiwa itu, 2 malaikat menyerupai 2 orang pemuda datang memberi peringatan kepadanya. Baginda yang sesal terus menundukkan diri dan bersujud selama 40 hari, tidak pernah mengangkat kepalanya kecuali untuk keperluan makan minum hariannya dan selepas itu ia sujud kembali. Pengampunan Allah terhadap kesalahan Nabi Daud a.s ini bertepatan pada hari ke 10 bulan Muharram.

7. Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara.
- Penguasa Mesir bernama Qithfir membeli Nabi Yusuf dari saudagar yang menemuinya terkurung dalam sebuah perigi dan mengambilnya sebagai anak ankat dan meminta isterinya Zulaikha memelihara Nabi Yusuf dengan baik. Setelah Nabi Yusuf a.s meningkat dewasa, Baginda dikurniakan hikmah dan ilmu disamping memiliki rupa yang sangat tampan hingga membuatkan Zulaikha tergoda dan mendesak dan merayu untuk melakukan maksiat dengan Baginda. Atas pimpinan Iman, Baginda tidak terpedaya dengan godaan Zulaikha. Setelah pelbagai usha menemui kegagalan, Zulaikha berusaha pula memasukkan Nabi Yusof ke penjara kerana kecewa tidak dapat memiliki Nabi Yusof a.s. Nabi Yusof kemudiannya dipenjarakan selama 7 tahun dan dibebaskan pada 10 Muharram.



8. Nabi Ya'kub yang buta dapat melihat kembali.
- Peristiwa Nabi Ya'kub menjadi buta bermula ketika puteranya Nabi Yusuf a.s. telah dimasukkan kedalam sebuah perigi oleh saudaranya yang iri hati dengan apa yang dimiliki oleh Nabi Yusuf a.s. Disebabkan peristiwa itu, Nabi Ya'kub berasa sangat sedih hati dan banyak menangis sehingga matanya menjadi rabun. Matanya menjadi terang kembali setelah baju gamis Nabi Yusuf diletakkan kemukanya, setelah mereka terpisah bertahun-tahun lamanya. Pulihnya penglihatan Nabi Ya'kub dikatakan berlaku pada 10 Muharram.

9. Nabi Ayub disihatkan dari penyakit kulit.
- Nabi Ayub diuji oleh Allah dengan ujian yang sangat berat, takkala kematian anak-anak, kehilangan harta benda, Baginda kemudiannya diuji dengan penyakit kulit yang teruk sehingga menyebabkan temannya menjauhkan diri dan 2 orang isterinya meminta cerai darinya. Tinggallah Rahmah, isterinya yang setia menjaganya.Penduduk persekitaran merasa cemas dan bimbang penyakit Nabi Ayub itu akan berjangkit kepada mereka dan mengusir Nabi Ayub dan isteri dari rumah mereka. Rahmah dan Baginda terpaksa keluar meninggalkan kampung tersebut kerana penduduk akan menyuruh anjing-anjing mereka mengusir jika enggan keluar. Rahmah membawa suaminya berpindah ke sebuah tempat dan dibuatnya pondok yang berlantaikan tanah dan berbantalkan batu-batu. Suatu hari Rahmah keluar mencari kerja sebagai pembuat roti untuk menyara kehidupan mereka berdua. Namun setelah diketahui bahawa Rahmah isteri Nabi Ayub yang berpenyakit kulit, beliau dibuang kerja. Disebabkan tiada pekerjaan dan keadaan sangat memerlukan makanan, Rahmah berjumpa seorang wanita pembuat roti dan merayu untuk meminjam sebuku roti kerana suaminya dalam keadaan lapar. Wanita itu merasa kasihan dan meminta ditukarkan 4 buku roti dengan rambut Rahmah yang bermanfaat untuknya untuk dijadikan hiasan. Demi kepentingan suami tercinta, Rahmah rela rambutnya dipotong. Setelah pulang bertemu Nabi Ayub, nabi Ayub berasa curiga melihat keadaan isterinya kalau-kalau isterinya sudah menjual diri dan bersumpah akan memukul isterinya sebanyak 100 kali. Setelah mendengar perkara sebenar dari Rahmah yang rela mengorbankan rambutnya semata-mata untuk Nabi Allah, Nabi Ayub sangat terharu dan berdoa supaya Allah hentikan ujian yang sedang dialaminya sehingga menyusahkan isterinya. Allah mendengar rintihannya dan menyembuhkannya dari penyakit tersebut dan peritiwa ini juga menurut 1 riwayat berlaku pada 10 Muharram. Disebabkan telah bernazar akan memukul isterinya 100kali, baginda mengambil seikat lidi yang terdiri dari 100 batang dan memukul Rahmah dengan sekali pukul.

10. Laut Merah terbelah dua.
- Firaun yang mengatakan bahawa Nabi Musa a.s itu adalah tukang sihir mencabar Nabi Musa melawan ahli-ahli sihirnya yang terhebat. Namun mukjizat yang dianugerahkan Allah kepada Nabi Musa telah menelan semua ular sihir tersebut sehingga membuatkan semua tukang sihir itu tersungkur dan bersujud seraya mengaku beriman dengan tuhan Musa dan Harun. Melihat keadaan itu, Firaun bertambah marah dan mengancam akan menyalib serta memotong kaki dan tangan mereka secara bersilang. tidak lama selepas peritiwa itu, Nabi Musa menerima perintah Allah untuk segera meninggalkan Mesir sedangkan firaun dan pasukannya mengejar dari belakang. Setibanya Nabi Musa di Laut Merah, laut itu terbelah dua dan melapangkan jalannya bagi Nabi Musa dan pengikutnya. Setelah sampai di daratan, laut itu bercantum kembali dan menenggelamkan firaun dan tenteranya. Peristiwa ini juga terjadi pada 10 Muharram.

AMAL IBADAH YANG DIANJURKAN PADA BULAN MUHARRAM

1. PUASA SUNAT MUHARRAM
- Seutama utama puasa selepas puasa Ramadhan ialah pada bulan Allah (Muharram) ~HR.Muslim
- Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu. ~HR.Muslim
- Berpuasa 1 hari dari bulan Muharram, maka baginya setiap hari 30 kebajikan. ~HR.Tabrani.
- Imam Syafi'e dalam kitabnya (Al-Umm) sunnah hukumnya berpuasa pada hari itu, iaitu 9,10 dan 11 Muharram.

2. BERSEDEKAH.
- Riwayat menyebut; sesiapa bersedekah pada hari itu ibarat tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya.

3. MANDI SUNAT.
- Barangsiapa yang mandi sunat diniatkan mandi menyambut 10 Muharram nescaya tidak akan terkena sakit pada tahun itu kecuali mati.

4. MENYANTUNI ANAK YATIM DAN ZIARAH ORANG SAKIT.
- Sesiapa menyantuni iaitu menyapu kepala anak yatim pada hari Ayura, seolah olah ia menyantuni seluruh anak yatim dimuka bumi dan barangsiapa menziarahi orang sakit pada hari itu seolah-olah ia melihat seluruh orang sakit.

5. MENGERJAKAN SOLAT SUNAT MUHARRAM.
- Abu Bakar bin Muhammad Syatha Ad-Dimyati (I'anatuth Thalibin); sesiapa kerjakan solat sunat 10 Muharram nescaya akan diampuni oleh Allah segala dosanya dalam jangka waktu 50 tahun.

6. MEMBACA DOA AWAL TAHUN.

15 November, 2010

Bencikah kita kepada Allah??

25 October, 2010

Isu IFF dan Kedangkalan Ilmu Ulama Muda UMNO

Kenyataan Rasmi Ulamak Pelapis PAS:

Ulamak Pelapis PAS melahirkan kekesalan apabila tindakan Datin Seri Rosmah Mansur yang menghadiri Festival Busana Islam (IFF) didokong dan dibela oleh saudara Fathul Bari bin Mat Jahya.
Ulamak Pelapis PAS kesal apabila tindakan rakyat yang bangkit berdemonstrasi dalam membantah penglibatan Datin Seri Rosmah Mansur Festival Busana Islam (IFF) turut dikecam dan dianggap sebagai tersasar daripada konsep Islam.
Bagi Ulamak Pelapis PAS, tindakan saudara Fathul Bari bin Mat Jahya yang membela kesilapan Datin Seri Rosmah Mansur mencalarkan imejnya sebagai seorang yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam.
Hujah Bahawa Datin Seri Rosmah Mansur Hanya Penaung Bukan Penganjur

Fathul Bari bin Mat Jahya mempertikaikan sikap PAS yang dianggap salah kerana menurut beliau, Datin Seri Rosmah Mansur bukanlah penganjur sebaliknya hanyalah penaung kepada majlis IFF tersebut.
Namun bagi Ulamak Pelapis PAS, Fathul Bari selaku seorang yang berpendidikan agama sepatutnya jelas mengenai sikap yang perlu diambil oleh seseorang muslim apabila terlibat dengan program-program maksiat sebagaimana yang telah berlaku dalam IFF.


(Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (left) and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, speaking with Prince Albert II of Monaco at the International Islamic Fashion Festival. — Reuters picture)

Pakaian menjolok mata dengan tidak mengendahkan arahan Allah agar wanita muslimah menutup aurat ditambah dengan penghinaan nama Nabi Muhammad yang ditulis secara terbalik dan ditonjolkan di bahagian dada wanita yang memperagakan fesyen tersebut sangat jelas untuk dihukumkan sebagai satu majlis maksiat dan menghina Islam.

Menerusi firman Allah Taala di dalam Surah al-Nisa' ayat 140, Allah menegaskan larangan untuk orang Islam bersama-sama di dalam majlis yang menghina ayat-ayat Allah. Umat Islam disuruh untuk menegur maksiat yang berlaku di dalam mana-mana majlis. Sekiranya mereka tidak mempunyai kemampuan, maka mereka wajib untuk meninggalkan majlis maksiat kerana kebersamaan di dalam majlis berunsur maksiat adalah satu maksiat. Ini jelas terpampang dalam kenyataan para ulama tafsir sewaktu mereka menghuraikan ayat 140 daripada Surah al-Nisa'.
Adakah boleh diterima secara waras bahawa Datin Seri Rosmah Mansur selaku seorang muslimah sebenarnya tidak mengetahui bahawa majlis seperti itu adalah satu majlis maksiat? Adakah beliau boleh dianggap sebagai seorang yang tidak mengetahui sama sekali bahawa pakaian-pakaian yang dipamerkan dalam majlis tersebut adalah pakaian yang menyongsang daripada kehendak agama Islam?
Ulamak Pelapis PAS beranggapan bahawa Datin Seri Rosmah Mansur menyedari bahawa IFF adalah bercanggah dengan tuntutan Islam yang sebenar. Sekiranya Fathul Bari beranggapan sebaliknya, ini bermakna Datin Seri Rosmah Mansur begitu sangat jahil dalam memahami kehendak Islam dan ini adalah sangat-sangat malang sekiranya berlaku kepada seorang wanita Islam apatah lagi kepada isteri kepada seorang Perdana Menteri.

Sekiranya Fathul Bari mempertikaikan PAS kerana menyelar keterlibatan Datin Seri Rosmah Mansur dalam satu program maksiat, maka Ulamak Pelapis PAS ingin bertanya di manakah suara orang-orang berpendidikan Islam di dalam UMNO seperti Fathul Bari dalam membantras maksiat sebagaimana yang berlaku dalam IFF dan konsert Adam Lambert yang diizinkan oleh kerajaan UMNO untuk dibuat di Malaysia? Ulamak Pelapis PAS kesal dengan sikap orang-orang berpendidikan agama di dalam UMNO yang membisu dalam membantras gejala maksiat di dalam negara sebaliknya begitu lantang mengecap tindakan rakyat yang bangkit menyuarakan isi hati mereka yang tidak berpuas hati apabila agama dipersenda.

Hujah Bahawa Nasihat Kepada Pemimpin Tidak Boleh Secara Terang-Terangan

Ulamak Pelapis PAS ingin menjelaskan kepada umum bahawa para ulama Islam telah menyatakan bahawa apabila maksiat yang dibuat secara terang-terangan, maka tidak menjadi satu kesalahan untuk umat Islam memprotes maksiat tersebut secara terang-terangan.

Sekalipun ada hadith Rasulullah yang meminta supaya nasihat diberikan secara senyap-senyap dan bukan secara terang-terangan, hadith ini sebenarnya ditujukan kepada kesilapan yang dibuat secara senyap-senyap. Ini kerana apabila seseorang itu melakukan dosa dan maksiat secara sembunyi-sembunyi tanpa diketahui oleh orang lain, maka orang yang mengetahui kesalahan tersebut tidak boleh sama sekali menghebahkan kesilapan si pelaku kerana Islam meminta umatnya agar menutup keaiban manusia.

(Saudara Fathul Bari bin Mat Jahya)

Namun sekiranya dosa dan maksiat yang dilakukan adalah secara terang-terangan sebagaimana yang berlaku dalam majlis IFF, maka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan perlanggaran Syariat yang berlaku adalah dibolehkan oleh Islam agar umat Islam mengetahui bahawa majlis yang dibuat secara terbuka tersebut adalah bercanggah dengan Islam.

Al-Imam Al-Nawawi mendedahkan enam keadaan yang mana seseorang itu dibenarkan oleh Islam untuk mengumpat dan menyatakan kejahatan atau keburukan orang lain:

1. Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah ataupun pihak yang berautoriti agar kezaliman dapat dibanteras.

2. Perbuatan mengumpat dan mendedahkan kesalahan adalah bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseorang berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran: "Si Fulan melakukan kemungkaran. Maka cegahlah ia daripada kemungkaran tersebut". Namun hendaklah niat mengumpat tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

3. Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalahnya kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya "Ayah saya menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?"

4. Memberikan peringatan kepada para muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

5. Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya secara terang-terangan. Maka ketika itu tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat tentang kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telahpun menzahirkan kejahatannya secara terang-terang.

6. Mengumpat dengan tujuan mengenali seseorang. Apabila seseorang individu dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelarannya yang merupakan aib tersebut atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebenaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib tersebut tidak merasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran tersebut dikenali oleh orang ramai.

Sejarah Islam Bukti Bahawa Kesalahan Pemimpin Yang Dibuat Secara Terangan Ditegur Secara Terangan

Sejarah Islam sendiri telahpun mendedahkan kepada kita berkenaan dengan sikap umat Islam dahulu yang berani menyatakan kesilapan para pemerintah secara terang-terangan sekalipun mereka diancam dengan kematian.

Apabila Marwan bin al-Hakam yang merupakan pemerintah Bani Umayyah ketika itu cuba untuk membaca khutbah terlebih dahulu sebelum solat hari raya, tindakan beliau telah ditegur secara terang-terangan oleh seorang sahabat Rasulullah yang bernama Abu Said al-Khudri. Apabila Marwan bin Hakam tetap mahu berkhutbah dahulu sebelum solat hari raya, Abu Said al-Khudri telah merentap baju pemerintah tersebut agar dia tidak meneruskan niatnya untuk membaca khutbah sebelum solat. Dalam masa yang sama, seorang lelaki lain yang turut berada di situ telah menegur Marwan secara keras dengan berkata:

"Wahai Marwan. Engkau telah menyalahi Sunnah Nabi. Engkau telah mengeluarkan mimbar pada hari raya sedangkan sebelum ini mimbar tidak pernah dikeluarkan pada hari raya. Engkau telah mulakan dengan khutbah sebelum solat hari raya".

Lantas Abu Said al-Khudri bertanya kepada orang ramai siapakah lelaki berkenaan. Selepas mana hadirin memberi tahu nama lelaki tersebut kepada Abu Said al-Khudri, Abu Said telah berkata:

Adapun orang ini, dia telahpun menunaikan kewajipannya. Saya telah mendengar Rasulullah bersabda:

"Sesiapa yang melihat kemungkaran dan dia mampu untuk mengubah kemungkaran itu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu, maka hendaklah dengan hatinya dan itulah selemah-lemah Iman".

(Lihat kisah ini dalam Sahih Muslim: Hadith ke-9 daripada Kitab Solat al-`Idayn. Lihat juga Sunan Abi Daud Kitab al-Solat Bab al-Khutbah Yawm al-`Id).

Antara contoh lain adalah Sultan al-`Ulama Izzuddin bin Abd al-Salam dan Ibnu al-Hajib al-Maliki. Dua tokoh ulama kurun ke-6 ini begitu berani mendedahkan kesilapan Raja Syria ketika itu di atas pentas mimbar Jumaat. Mereka berdua begitu lantang dalam khutbah mereka mendedahkan kepada umum berkenaan dengan dosa Raja Syria yang bersubahat dengan tentera Salib dalam menyerang Mesir sehingga raja tersebut tergamak membenarkan tentera Salib masuk ke kota Damsyik bagi tujuan membeli peralatan senjata daripada umat Islam. Al-Imam Izzuddin yang merupakan ulama besar dalam mazhab Syafi`e akhirnya telah dibuang negeri dan beliau akhirnya berhijrah ke Mesir dan tinggal di sana sehingga beliau meninggal dunia.

Ini adalah beberapa contoh kecil yang ada di dalam lipatan sejarah Islam. Maka apabila tindakan PAS mendedahkan kepada umum tentang kesilapan para pemimpin UMNO dipertikai oleh Fathul Bari, Ulamak Pelapis PAS sebenarnya sangsi dengan tahap keilmuan Islam yang dimiliki oleh beliau. Adakah Fathul Bari tidak pernah mengetahui perbahasan seperti ini ataupun beliau sebenarnya sengaja menidakkan fakta ini demi menjaga kepentingan peribadi beliau di dalam UMNO.

Ulamak Pelapis PAS meminta agar orang-orang yang berpendidikan agama di dalam UMNO menginsafi dan bertaubat kepada Allah S.W.T. serta bersikap tidak mengkhianati ilmu Islam yang dipelajari hanya semata-mata kepentingan keduniaan.

LAJNAH KEAHLIAN DAN ULAMAK PELAPIS
Dewan Ulamak PAS Pusat
Kuala Lumpur

20 September, 2010

Penentang Hudud, Sila Baca!!



Apa yang saya paparkan ini ialah sebuah artikel berkaitan tentang jenayah zina. Saya berharap mana-mana orang perseorangan, NGO-NGO dan parti-parti politik yang menentang hukum hudud dapatlah kiranya meluangkan masa sedikit untuk membaca artikel ini.
Bacalah ketika anda dalam situasi yang tenteram dan tenang. Jangan membacanya sekadar melepaskan batuk ditangga atau membacanya sekerat-sekerat kerana dibimbangi kefahaman anda juga sekerat-sekerat. Bacalah sampai habis !
Cuba fahamkan betapa terperincinya syarat yang Islam letakkan sebelum menjatuhkan hukuman hudud ke atas pesalah zina. Bukan semudah yang tuan-tuan sangkakan.
Semoga artikel ini dapat mencerahkan minda anda yang mungkin ketika ini sedang dalam 'kejerebuan' mengenai hukum Tuhan. Mana yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri. Selamat membaca !
Pengertian Zina
Ulama di kalangan Mazhab Maliki mentakrifkan zina itu ialah persetubuhan seorang mukallaf yang dilakukan dengan sengaja pada kemaluan perempuan anak Adam yang sama sekali bukan miliknya.
Manakala Al-Shirazi, seorang ulama dalam Mazhab Shafi’e mentakrifkan zina dengan katanya : Apabila seorang lelaki dari kalangan penduduk Negara Islam menyetubuhi seorang perempuan yang diharamkan ke atasnya, iaitu tanpa wujud di antara keduanya akad yang sah atau akad yang syubhah (samar), tanpa wujud milik yang sah atau milik yang syubhah (samar), dan lelaki itu pula seorang yang berakal, baligh dan melakukan perbuatan itu dengan pilihannya, tahu tentang pengharamannya, maka wajiblah ke atasnya hukuman had. Jika dia seorang yang muhsan maka wajiblah ke atasnya hukuman rejam.
Berdasarkan takrif di atas terdapat beberapa unsur untuk mensabitkan seseorang itu melakukan kesalahan zina. Pertama, persetubuhan yang diharamkan. Kedua, dilakukan dengan sengaja dan ketiga dilakukan oleh orang yang cukup mukallaf.
Pertama : Persetubuhan Yang Diharamkan
Maksud persetubuhan ialah perbuatan memasukkan zakar ke dalam faraj atau kubul sekurang-kurangnya tenggelam kadar hasyafah (iaitu kepala zakar) atau kadar seumpamanya jika hasyafahnya sudah terputus. Tidak kira sama ada keluar mani atau tidak, atau berlaku dengan tindakan lelaki yang memasukkan zakarnya ke dalam faraj perempuan atau tindakan perempuan memasukkan zakar lelaki ke dalam farajnya.
Justeru tidaklah dianggap zina jika perbuatan-perbuatan yang berlaku adalah di luar faraj seperti berkucup, berpeluk, berkhalwat, memasukkan zakar di antara kedua-dua belah peha atau bercumbuan di luar faraj. Cuma ia merupakan perbuatan yang di larang dan maksiat serta mukaddimah kepada zina yang mana pelakunya boleh dikenakan hukuman ta’zir.
Menurut Imam Abu Hanifah, persetubuhan yang diharamkan dan dianggap sebagai zina itu ialah yang berlaku menerusi faraj atau kubul. Dengan kerana itu persetubuhan melalui dubur sama ada kepunyaan lelaki atau perempuan tidaklah dikira sebagai zina kerana perbuatan itu dinamakan liwat. Lagi pun kesan daripada perbuatan liwat tidak sampai melahirkan keturunan berbanding dengan zina. Justeru pelakunya hanya boleh dikenakan hukuman ta’zir sahaja.
Tetapi jumhur ulama-ulama di kalangan Mazhab Maliki, Shafi’e dan juga Hanbali menganggap persetubuhan melalui dubur itu sama seperti persetubuhan menerusi faraj yang wajib dijatuhkan hukaman had. Al-Quran telah menyamakan kedua-dua perbuatan ini. Antaranya firman Allah SWT kepada kaum Lut,
انكم لتأتون الفاحشة
Maksudnya : Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji. (Al-‘Ankabut : 28)
Dan firmanNya lagi,
واللاتى يأتين الفاحشة من نسائكم
Maksudnya : Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu (An-Nisa’ : 15)
Dalam surah Al-‘Ankabut ayat 28, Allah SWT menyebut persetubuhan haram melalui dubur adalah keji, kemudian dalam surah An-Nisa’ ayat 15, Allah SWT menyebut persetubuhan haram melalui faraj juga adalah keji. Ini menunjukkan kedua-dua perbuatan ini adalah sama taraf.
Hujah ini dikuatkan dengan dalil sepotong hadis,
اذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان واذا أتت المرأت المرأة فهما زانيتان
Maksudnya : Apabila seorang lelaki melakukan persetubuhan dengan seorang lelaki maka kedua-duanya adalah penzina dan apabila seorang perempuan bersetubuh dengan seorang perempuan maka kedua-duanya juga adalah penzina.
Bagaimana pula jika persetubuhan itu dilakukan ke atas orang yang sudah mati yang bukan pasangan suami isteri? Menurut Imam Abu Hanifah dan sebahagian pendapat Mazhab Shafi’e dan Hanbali, perbuatan itu tidak dianggap zina, Cuma pelakunya dikenakan hukuman ta’zir. Manakala sebahagian ulama di kalangan Mazhab Shafi’e, Hanbali dan Maliki berpendapat, perbuatan seperti itu dianggap zina yang wajib dijatuhkan hukuman had zina, malah ia dipandang lebih buruk daripada perbuatan zina kerana menjejaskan kehormatan mayat.
Bagaimana pula jika persetubuhan itu dilakukan pada kemaluan binatang ? Imam Abu Hanifah dan Imam Malik tidak menganggapnya sebagai zina, tetapi ia adalah satu maksiat yang boleh dijatuhkan hukmuan ta’zir sahaja. Manakala dalam Mazhab Shafi’e mempunyai dua pendapat, salah satunya sama seperti pendapat Imam Abu Hanifah. Pendapat kedua, ia dikira sebagai zina dan pelakunya hendaklah dihukum bunuh dalam semua keadaan berdasarkan kepada sebuah hadis yang berbunyi,
ومن أتى بهيمة فاقتلوه واقتلوها معه
Maksudnya : Sesiapa yang menyetubuhi binatang maka hendaklah kamu membunuhnya dan membunuh binatang itu bersama-sama nya.
Kedua : Dilakukan Dengan Sengaja
Maksudnya ialah apabila seseorang lelaki itu benar-benar mengetahui bahawa perempuan yang disetubuhinya itu bukan isterinya atau perempuan yang disetubuhi itu mengetahui bahawa lelaki yang menyetubuhinya ialah lelaki yang bukan suaminya sedangkan mereka mengetahui bahawa perbuatan bersetubuh itu adalah haram.
Berdasarkan ini, bermakna orang yang berzina dengan sengaja tetapi mereka tidak tahu tentang hukum haramnya zina disebabkan jahil, mungkin kerana faktor baru masuk Islam atau tinggal berjauhan daripada masyarakat Islam, maka tidak bolehlah dikenakan hukuman had ke atasnya. Namun, zaman sekarang alasan jahil adalah mustahil untuk diterima , kerana pengharaman zina bukan sahaja telah diketahui oleh orang-orang Islam malah juga orang bukan Islam.
Jika seorang lelaki mendapati seorang perempuan di atas katilnya, pada sangkaannya perempuan itu adalah isterinya, lalu dia menyetubuhinya, tiba-tiba baru dia tahu bahawa perempuan itu adalah ajnabinya maka dia tidak boleh dikenakan hukum had zina kerana dia tidak berniat sengaja untuk melakukan zina.
Akan tetapi mengikut Mazhab Hanafi, bahawa pasangan suami isteri yang telah lama berkongsi hidup adalah tidak munasabah untuk tidak mengenali pasangan masing-masing walaupun mereka buta sekali pun kerana masing-masing boleh mengenal pasangan masing-masing samada melalui rasa, bau, suara dan nafas. Oleh itu menurut Mazhab Hanafi, orang yang melakukan persetubuhan tersalah pasangan tidak terlepas daripada hukuman had zina.
Bagaimana kedudukan seorang lelaki yang dipaksa melakukan zina ? Jumhur ulama berpendapat dia tidak dikenakan hukuman had zina. Manakala ulama di kalangan Mazhab Hanbali mengatakan dia wajib dikenakan hukuman had zina. Ada pun seorang perempuan yang dipaksa melakukan zina atau diperkosa, seluruh jumhur berpendapat dia tidak akan dikenakan hukuman had zina.
Ketiga : Dilakukan Oleh Orang Yang Mukallaf
Pesalah-pesalah zina itu tidak boleh dikenakan hukuman had kecuali jika mereka memenuhi syarat-syarat berikut :
1. Baligh. Oleh sebab itu kalau kanak-kanak lelaki yang belum baligh melakukan zina dengan perempuan dewasa ia tidak boleh dikenakan hukum had zina tetapi hendaklah dikenakan hukuman ta’zir sekiranya kanak-kanak itu sudah mumaiyiz. Ada pun perempuan tersebut, menurut Imam Syafi’e hendaklah dikenakan hukuman had zina.
2. Berakal, ertinya orang gila yang berzina terlepas daripada hukuman had zina. Jika salah seorang penzina berakal maka hukuman had zina hanya akan dilaksanakan ke atas yang berakal sahaja.
3. Islam, maksudnya jika yang berzina itu orang kafir maka dia terlepas daripada hukuman had zina. Tetapi menurut Mazhab Shafi’e dan Hanbali, sesiapa sahaja berzina sama ada orang Islam atau bukan Islam dia boleh dikenakan hukuman had zina. Tetapi jika seorang kafir yang sudah berkahwin berzina dengan pasangannya yang beragama Islam, sikafir hanyalah dikenakan hukuman sebat seratus kali sebatan sahaja, tidak direjam sampai mati, melainkan sikafir itu memaksa perempuan Islam berzina dengannya maka dia akan dikenakan hukuman mati.
Wallahulam.
Rujukan,
1. Undang-Undang Jenayah Islam – Dr. Mat Saat Abd Rahman
2. Jinayah Dalam Islam – Dr. Mahfodz Mohammad

Zina Muhsan : Bagaimana hukuman rejam dilaksanakan?

Bagaimana hukuman rejam dilaksanakan ke atas penzina yang sudah berkahwin.
Sabda Rasulullah saw,
الشيخ والشيخة اذا زنيا فارجموهما البتة
Maksudnya : Lelaki tua dan perempuan tua yang berzina, maka rejamlah kedua-duanya sebagai balasan daripada hukuman Allah SWT.

Sekali lagi saya mohon supaya pembaca dapat membacanya dengan tenang dan tenteram. Sebarang pembacaan yang sekerat-sekerat, sambil lalu atau sambil lewa adalah tidak dibenarkan sama sekali!
Adalah dinasihatkan juga kepada mereka yang belum membaca artikel saya mengenai jenayah zina sebelum ini, sila berbuat demikian. Tanpa membaca artikel-artikel sebelumnya kemudian terus membaca artikel ini dibimbangi akan menimbulkan sikap buruk sangka terhadap undang-undang Allah SWT.

Tidak ada apa yang saya harapkan di sebalik artikel ini melainkan keredhaan daripada-NYA. Selamat membaca !
1. Kedudukan Pesalah Semasa Di Rejam
Semua imam empat Mazhab bersetuju bahawa jika pesalah yang menjalani hukuman rejam itu lelaki, dia dikehendaki menjalaninya dalam keadaan berdiri, tanpa diikat dengan sesuatu, tidak juga dipegang dan tidak digali lubang untuknya sama ada kesalahannya di sabit melalui keterangan para saksi atau pun melalui pengakuannya sendiri.
Jika pesalah yang sabit kesalahan melakukan zina melalui pengakuannya, melarikan diri ketika hukuman rejam dijalankan, perlaksanaan hukuman rejam hendaklah dihentikan segera kerana tindakan melarikan diri itu dikira sebagai dia sudah menarik balik pengakuannya.
Tetapi jika pesalah yang sabit kesalahan zina melalui keterangan empat orang saksi, melarikan diri, maka hukuman rejam tidak boleh dihentikan, malah dia wajib diikuti kemana sahaja dia lari dan terus direjam sehingga mati.

Jika pesalah itu seorang perempuan, menurut ulama Mazhab Shafie, adalah digalakkan mengadakan lubang untuknya jika kesnya itu sabit menerusi 4 orang saksi. Tetapi jika dia disabitkan kesalahan melalui pengakuan dirinya maka penggalian lubang adalah tidak digalakkan, kerana keadaan ini akan menyekatnya untuk lari sekiranya dia menarik balik pengakuan, sedangkan menarik balik pengakuan merupakan sebab yang menggugurkan hukuman rejam.
2. Alat Yang Digunakan
Pelaksanaan hukuman rejam hendaklah menggunakan batu-batu yang sebesar memenuhi tapak tangan. Justeru, tidak boleh menggunakan anak-anak batu yang ringan kerana ia boleh menyebabkan masa azab yang dialami oleh si pesalah amat panjang. Begitu juga tidak boleh digunakan ketulan-ketulan batu yang besar sehingga membunuhnya dengan cepat, kerana cara itu akan menghilangkan hikmah pembalasan yang diharap-harapkan.
3. Tempat Perlaksanaan
Hukuman rejam tidak boleh dilakukan di Masjid kerana pekikan suara pesalah, dan percikan darah yang terpancar boleh mencemarkan kesucian masjid. Oleh itu hukuman rejam hendaklah dijalankan ditempat yang luas dan jauh dari kawasan penempatan umum supaya rejaman yang dilakuan itu tidak mengenai orang lain selain pesalah yang berkenaan boleh disaksikan oleh orang ramai sebagai pengajaran.
4. Mayat Pesalah
Apabila pesalah itu sudah mati, maka mayatnya hendakah diserahkan oleh pemerintah kepada ahli warisnya. Mereka bertanggungjawab melakukan perkara-perkara seperti memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikannya.

Kemuliaan mayat yang direjam...
Biarpun mereka dihukum mati, namun di sisi Allah mereka adalah sebaik-baik manusia kerana rela mengorbankan diri dalam mematuhi perintah Allah SWT. Di zaman Rasulullah saw ketika baginda melaksanakan hukuman rejam ke atas Salma Al-Ghamidiah , darah dari badan Salma terpercik lalu mengenai baju Khalid Al-Walid, menyebabkan Khalid marah dan mencacinya. Mendengar cacian Khalid, Rasulullah saw bersabda,
“Jangan terlalu menghinanya kerana ia sedang menjalani hukuman Allah ”
Di sampuk oleh Saidina Omar Al-Khattab,
“Ya Rasulullah ! adakah tuan hamba akan menyembahyangkan jenazahnya ?”
Rasulullah saw menjawab,
“Jika aku bandingkan kebajikannya dengan tujuh puluh perempuan (beriman) di Madinah ini, maka luas lagi (amal) kebajikannya. Tidakkah kamu mengetahui sebaik-baik manusia di sisi Allah ialah orang yang sanggup mengorbankan dirinya kepada Allah ”
Dengan penjelasan Rasulullah saw itu, nyatalah hukuman Allah jika dijalankan bererti keampunan ke atas penjenayah itu terjamin dan itulah sebaik-baik yang kita kehendaki.
Wallahualam.
Nota kuliah Masjid Ampangan,

Rujukan,
1. Undang-Undang Jenayah Islam – Dr. Mat Saat Abd Rahman
2. Jinayah Dalam Islam – Dr. Mahfodz Mohammad

25 July, 2010

MEROKOK DARI PERPEKTIF ISLAM

Persoalan merokok (hisap tembakau) adalah perkara baru dan mula dikenali di negara-negara Islam pada akhir kurun ke 10 Hijrah. Kebanyakan ahli ilmu tidak mengetahui secara jelas tentang hakikat rokok dan keburukannya, adakah ia memabukkan atau melesukan? atau adakah ia memudharatkan kesihatan atau sebaliknya? Ulama terdahulu berbincang dan berbahas tentang persoalan tembakau (rokok), tetapi mereka tiada kata sepakatdalam meletakkan hukumnya samada ia HARAM, HARUS atau MAKRUH. Abd Wahab Abd Salam Thawilah dalam bukunya "Fiqh al-Syaribah wa Haddaha" telah mengemukakan pendapat-pendapat ulama tentang merokok beserta dalil dan hujah bagi menguatkan pandangan mereka. Antaranya :

 (i) Sebahagian Ulama berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan dan mabuk. Mereka juga bersandar kepada kaedah fiqh.
 (ii) Setengah Ulama berpendapat merokok adalah makruh, iaitu dikaitkan dengan bawang putih dan bawang merah dari segi baunya.
 (iii) Jumhur para ulama berpendapat merokok adalah HARAM kerana ia jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai suatu perkara keji.

Abd Wahab juga menjelaskan bahawa kini pakar perubatan telah membuat kajian tentang rokok (tembakau) dan mereka mendapati ianya mendatangkan kesan (kemudharatan) kepada kesihatan, kemasyarakatan dan ekonomi, maka hukmnya tidak lagi menjadi suatu perkara yang tersembunyi bahkan ianya telah JELAS HARAM.

Beberapa buah Negara Islam seperti Arab Saudi telah tetapkan merokok adalah HARAM disisi agama Islam kerana ia memudharatkan kesihatan. Malah Persidangan Antarabangsa Mengenai Dadah, Arak dan Merokok di Madinah anjuran Persatuan Ulama Dunia pada tahun 1982 telah memutuskan merokok sebagai perbuatan haram. (Rujukan : Berita Harian, 7 November 1994)

Pihak Perubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2000, kematian yang berpunca dari rokok berjumlah 3.5 juta orang setahun dan 80% dari jumlah ini adalah dari negara-negara membangun. Manakala bilangan rasmi kematian disebabkan rokok di Malaysia ialah seramai 10,000 orang setahun. Menurut perangkaan seramai 4.6 juta dari 26 juta penduduk Malaysia adalah perokok. (Laporan NST pada 8 November 2005).

Remaja :-
Umur 15 Tahun 21% dari mereka adalah perokok.
Umur 16 Tahun 32.2% dari mereka adalah perokok.
Umur 17 tahun 35.6 % dari mereka adalah perokok.
Umur 18 tahun 45.5 % dari mereka adalah perokok.
Umur 19 tahun 49.2% dari mereka adalah perokok.

FATWA2 TENTANG ROKOK

Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam kitabnya "Halal Dan Haram Dalam Islam" telah memberi fatwa bahawa merokok (tembakau) selama dinyatakan membahayakan, hukumnya adalah HARAM, kerana ia juga jelas membazir atau mensia-siakan harta pada jalan yang tidak mendatangkan faedah, samada untuk urusan agama ataupun urusan dunia.

Al-Imam Abd Halim Mahmud dalam kitabnya "Fatawa al-Imam Abd Halim Mahmud" telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya HARAM jika ianya mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

Fatwa Ulama Mesir

Dr.Abd Jalil Shalaby : Merokok HARAM kerana ia boleh datangkan kemudharatan kepada kesihatan dan masyarakat.

Dr.Hamid Jamek (Pakar Ensiklopedia Fiqh Islam Kuwait) : Merokok HARAM kera ia dikategorikan sebagai perbuatan keji / kotor.

Dr.Zakaria al-Barri (Anggota Akademik Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) : Merokok hukumnya antara HARAM dan Makruh.

Syeikh Mustafa Muhammad Al-Hadidi al-Tahir (Anggota Akademik Kajian Islam) : Merokok adalah HARAM.

Al-Syeikh Abdullah al-Masyad (Anggota Akademik Kajian Islam dan Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar) : Tidak syak lagi merokok wajib diberikan hukum HARAM.

Dr.Ahmad Umar Hashim (Ketua Bhg. Hadith, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar) : Tidak syak lagi merokok hukumnya HARAM kerana ia jelas memudharatkan kesihatan.

Kerajaan Arab Saudi telah keluarkan fatwa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah HARAM kerana padanya terdapat kemudharatan.

04 July, 2010

Rasulullah tauladan terbaik

RASULULLAH SAW MENANGIS KETIKA DI PADANG MAHSYAR



Dari Usman bin Affan bin Dhohak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:
“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik.
Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata:
“Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.”
Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW.
Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”
Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?” Bumi akan berkata:
“Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”
Rasulullah SAW bersabda:
“Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka,empat malaikat berada di atas kubur.”
Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!” Maka, kubur terbelah dua.
Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan.
Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi. Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.” Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”
Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.” Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”
Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku. ” Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?” Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku.
Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?” Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?” Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”
Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!” Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta.
Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya? ”
Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangiku.
Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan murka. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.” Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”
Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata.
Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut -rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk.

Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka..Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”

Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya! ”

Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka.

Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat. Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka.

Mereka seperti gelombang lautan. Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.” Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya:
“Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.” Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis. Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.” Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”

Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?” Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.” Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?” Jibril as berkata:
“Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!” Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya.

Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka.

Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!” Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?”

Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.” Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?” Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.” Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.” Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!” Hamba-hamba Allah Taala terdiam.

Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.” Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.” Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?” Jibril menjawab: “Ya!” Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?” Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!” Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?” Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan.

Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang.

Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis). Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka.

Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.. Rasulullah SAW Membela Umatnya Di padang mahsyar orang yang mula-mula berusaha ialah nabi Ibrahim as.

Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “TuhanKu dan Penguasaku! Aku adalah khalilMu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini.”

Allah Taala berfirman: “Wahai Ibrahim! Adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya.”

Nabi Musa as datang. Baginda bergantung dengan asap Arsy yang naik lalu menyeru: “KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Isa as datang di dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan Arsy lalu menyeru: “Tuhanku. Penguasaku. Penciptaku! Isa roh Allah.. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahanam!”

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW menyeru: “Tuhanku. Penguasaku Penghuluku. !Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dariMu!” Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: “Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?”

Neraka pula berseru: “Wahai Tuhanku. Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan.”

Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.

Allah Taala berfirman: “Di mana matahari?” Maka, matahari dibawa mengadap Allah Taala. Ia berhenti di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya:

“Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepada kamu?” Matahari menjawab. “Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?”

Allah Taala berfirman: “Aku percaya!” Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk.”

Ibnu Abbas r.h. berkata: “Peluh manusia bertiti dan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggeleggak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata mengalir seperti air mengalir. Suara ratap umat-umat manusia semakin kuat.

Nabi Muhammad SAW lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali, baginda SAW sujud di hadapan Arsy dan sekali lagi, baginda SAW rukuk untuk memberi syafaat bagi umatnya.

Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata: “Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala ini begitu mengambil berat, hal keadaan umatnya.

Daripada Thabit Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata: “Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-Zahara’ r.h. Baginda SAW dapati, dia sedang menangis.”

Baginda SAW bersabda: “Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?” Fatimah menjawab: “Aku teringat akan firman Allah Taala.” “Dan, kami akan mehimpunkan, maka Kami tidak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka.” Lalu Nabi SAW pun menangis.

Baginda SAW bersabda: “Wahai permata hatiku! Sesungguhnya, aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat. Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi.”

Fatimah r.h. berkata: “Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?”

Baginda SAW menjawab: “Wahai Fatimah! Sesungguhnya, hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar Firman Allah Taala:” Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu utusan yang melalaikan dia.” ( Abasa: 37)

Fatimah ra. bertanya: “Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?” Baginda SAW menjawab: “Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku.”

Fatimah r.h. bertanya lagi: “Sekiranya aku dapati kamu tiada di telaga?”

Baginda SAW bersabda: “Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru: “Tuhan Kesejahteraan! Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut: “Aamiin.”

Ketika itu juga, terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman: “Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah.”

Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga, neraka Jahanam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang.

Apabila seruan dari tengah Arsy kedengaran, maka manusia yang menyembahNya datang beriring.

Sebahagian daripada orang yang berdiri di situ berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW!”
Allah Taala berfirman kepada mereka: “Mengapa kamu tidak mengikuti orang yang kamu sembah?”

Mereka berkata: “Kami tidak menyembah melainkan Tuhan Kami. Dan, kami tidak menyembah selainNya..”

Mereka ditanya lagi: “Kami mengenali Tuhan kamu?” Mereka menjawab: “Maha Suci diriNya! Tiada yang kami kenali selainNya.” Apabila ahli neraka dimasukkan ke dalamnya untuk diazab, umat Muhammad SAW mendengar bunyi pukulan dan jeritan penghuni neraka. Lalu malaikat Zabaniah mencela mereka.

Mereka berkata: “Marilah kita pergi meminta syafaat kepada Muhammad SAW!”

Manusia berpecah kepada tiga kumpulan:
1. Kumpulan orang tua yang menjerit-jerit.
2. Kumpulan pemuda.
3. Wanita yang bersendirian mengelilingi mimbar-mimbar. Mimbar para Nabi didirikan diatas kawasan lapang ketika kiamat.

Mereka semua berminat terhadap mimbar Nabi Muhammad SAW. Mimbar Nabi Muhammad SAW terletak berhampiran dengan tempat berlaku kiamat. Ia juga merupakan mimbar yang paling baik, besar dan cantik.

Nabi adam as dan isterinya Hawa berada di bawah mimbar Nabi SAW.

Hawa melihat ke arah mereka lalu berkata: “Wahai Adam! Ramai dari zuriatmu dari umat Muhammad SAW serta cantik wajah mereka. Mereka menyeru: “Di mana Muhammad?” Mereka berkata: “Kami adalah umat Muhammad SAW. Semua umat telah mengiringi apa yang mereka sembah. Hanya tinggal kami sahaja.

Matahari di atas kepala kami. Ia telah membakar kami. Neraka pula, cahayanya juga telah membakar kami. Timbangan semakin berat. Oleh itu tolonglah kami agar memohon kepada Allah Taala untuk menghisab kami dengan segera! Sama ada kami akan pergi ke syurga atau neraka.”

Nabi Adam as berkata: “Pergilah kamu dariku! Sesungguhnya aku sibuk dengan dosa-dosaku. Aku mendengar firman Allah Taala: Dan dosa Adam terhadap Tuhannya kerana lalai.

Mereka pergi berjumpa nabi Nuh as yang telah berumur, umur yang panjang dan sangat sabar. Mereka menghampirinya. Apabila nabi Nuh as melihat mereka, dia berdiri. Pengikut (umat Nabi Muhammad SAW) berkata: “Wahai datuk kami, Nuh! Tolonglah kami terhadap Tuhan kami agar Dia dapat memisahkan di antara kami dan mengutuskan kami dari ahli syurga ke syurga dan ahli neraka ke neraka.” Nabi Nuh as berkata: “Sesungguhnya, aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah mendoakan agar kaumku dimusnahkan. Aku malu dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Ibrahim kekasih Allah Taala! Mintalah kepadanya agar menolong kamu!”

Nabi Ibrahim as berkata: “Sesungguhnya aku pernah berbohong di dalam usiaku sebanyak tiga pembohongan di dalam Islam. Aku takut dengan Tuhanku. Pergilah kamu berjumpa Musa as! Mintalah pertolongan darinya!” (pura sakit, kata berhala yang besar musnahkan berhala lain dan bohong pada raja yang zalim bahawa sarah saudara kandungnya)
Nabi Musa as berkata: “Aku sibuk dengan kesalahanku. Aku pernah membunuh seorang jiwa tanpa hak. Aku membunuhnya bukan dari kemahuanku sendiri. Aku dapati dia melampaui batas terhadap seorang lelaki Islam. Aku ingin memukulnya. Aku terperanjat kerana menyakitinya lalu menumbuk lelaki tersebut. Ia jatuh lalu mati. Aku takut terhadap tuntutan dosaku. Pergilah kamu berjumpa Isa as!”
Mereka pergi berjumpa nabi Isa a.s. Nabi Isa a.s. berkata: “Sesungguhnya Allah Taala telah melaknat orang-orang Kristian. Mereka telah mengambil aku, ibuku sebagai dua Tuhan selain Allah Taala. Hari ini, aku malu untuk bertanya kepadaNya mengenai ibuku Mariam.” Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra’ sedang duduk.
Ketika Mariam melihat umat Nabi Muhammad SAW dia berkata: “Ini umat Nabi Muhammad SAW. Mereka telah sesat dari Nabi mereka.” Suara Mariam, telah didengari oleh Nabi Muhammad SAW Nabi Adam a.s. berkata kepada nabi Muhammad SAW. “Ini umatmu, wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaat kepada Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW menjerit dari atas mimbar lalu bersabda: “Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah Taala untukmu!” Umat Nabi Muhammad SAW berkumpul di sisinya.
Terdengar suara seruan: “Wahai Adam! Ke marilah kepada Tuhanmu!” Nabi Adam as berkata: “Wahai Muhammad! Tuhanku telah memanggilku. Moga-moga Dia akan meminta kepadaku.”
Nabi Adam as pergi menemui Allah Taala. Allah Taala berfirman kepadanya: “Wahai Adam! Bangunlah dan hantarkan anak-anakmu ke neraka!” Nabi Adam as bertanya: “Berapa ramai untukku kirimkan?”
Allah Taala berfirman: “Setiap seribu lelaki kamu hantarkan seorang ke syurga, 999 orang ke neraka.”

Allah Taala berfirman lagi: “Wahai Adam! Sekiranya Aku tidak melaknat orang yang berdusta dan Aku haramkan pembohongan, nescaya Aku akan mengasihi anakmu keseluruhannya. Akan, tetapi, Aku telah janjikan syurga bagi orang yang mentaatiKu Neraka pula bagi orang yang menderhakaiKu Aku tidak akan memungkiri janji Wahai Adam! Berhentilah di sisi Mizan (timbangan). Sesiapa yang mempunyai berat pada kebaikannya daripada dosanya walaupun seberat biji sawi, bawalah dia untuk memasuki syurga tanpa perlu berunding denganKu! Sesungguhnya Aku telah menjadikan bagi mereka, satu kejahatan dengan satu dosa. Manakala satu kebaikan dengan sepuluh pahala agar memberitahu mereka bahawa, sesungguhnya Aku tidak akan memasukkan mereka ke dalam neraka melainkan setiap yang kembali akan dikembalikan dengan dosa bagi orang yang melampaui batas.”
Nabi Adam as berkata: “Tuhanku! Penguasaku! Engkau lebih utama bagi menghisab berbanding aku. Hamba itu adalah hambaMu dan Engkau Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib!”
Umat Muhammad SAW Diseru Meniti Sirat, Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

Malaikat Malik berdiri di pintunya (neraka). Dia menyeru: “Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada perlepasan dari Allah Taala, maka dia akan

terselamat. Sekiranya sebaliknya maka, dia akan terjatuh di dalam neraka. Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang yang diberatkan agar berjalan!”
Nabi Muhammad SAW bersabda kepada malaikat Malik: “Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu.” Malaikat Malik memalingkan mukanya dari umat Nabi Muhammad SAW.
Umat Nabi Muhammad SAW telah di pecahkan kepada sepuluh kumpulan. Nabi Muhammad SAW mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya: “Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!”
Kumpulan pertama berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
Kumpulan kedua melintasi seperti angin yang kencang.
Kumpulan ketiga melintasi seperti kuda yang baik.
Kumpulan yang keempat seperti burung yang pantas.
Kumpulan yang kelima berlari.
Kumpulan keenam berjalan.
Kumpulan ketujuh berdiri dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di atas belakang mereka.
Nabi Muhammad SAW berhenti di atas Sirat. Setiap kali, baginda SAW melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda SAW akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali.
Kumpulan kelapan menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak kesalahan dan dosa mereka. Bagi yang buruk, mereka akan menyeru: “Wahai Muhammad SAW!” Nabi Muhammad SAW berkata: “Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka”!
Kumpulan ke sembilan dan ke sepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.

Dikatakan bahawa, di pintu syurga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahui. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu dan bapa mereka, mereka menyambutnya dan mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibu dan bapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring. Mereka berkata: “Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat bapa dan ibuku.” Kanak-kanak yang belum melihat ibu dan bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata: “Kami masih di dalam keadaan yatim di sini dan di dunia.”

Malaikat berkata kepada mereka: “Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka.”
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata: “Kami akan duduk di pintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka.” Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan yang pertama oleh mereka iaitu Sirat. Ia dipanggil “Tempat Teropong.” Kaki-kaki mereka akan tergantung di Sirat.

Nabi Muhammad SAW melintasi Sirat bersama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya, ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera Kepujian berada di atas kepalanya. Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka.

Rasulullah SAW bersabda: “Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?” Malaikat menjawab: “Mereka menangis kerana berpisah dengan bapa dan ibu mereka. “Nabi SAW bersabda: “Aku akan menyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, Insya Allah.”

Nabi Muhammad SAW memasuki syurga bersama umatnya yang berada di belakang.
Setiap kaum akan kekal didalam rumah-rumah mereka.

Marilah kita memohon kepada Allah Taala agar memasukkan kita di dalam keutamaan ini dan menjadikan kita sebahagian daripada mereka.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Islamic Collection


Mohd Ridzuan